Kesederhanaan Adelia Pikat Pasha Ungu

14 Dec

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Selepas Pasha bercerai semasa kumpulan Ungu sedang hot, banyak yang menanti mahu tahu siapakah yang bakal memikat hati duda anak tiga itu.

Akhirnya selepas tujuh bulan mengenali hati budi sang kekasih, Adelia, tanggal 28 November lalu Pasha melamar pramugari itu untuk menjadi suri hidupnya. Apa yang ada dalam diri Adelia sehingga memikat Pasha yang sememangnya menjadi pujaan ramai wanita itu?

“Dia seorang yang sederhana. Tidaklah jenis yang melaram over. Lihat saja cara dia berpakaian, nampak kesederhanaanya. Kalau mahu beli baju mahal pastinya dia mampu, tapi semamangnya dia sudah seorang yang macam itu.

“Kesederhanaan itu membuatkan Adelia nampak mahal,” kata Pasha pasal bakal suri hidupnya itu. Mereka merancang bernikah Mac depan.

Adelia, 21, juga menerima diri Pasha, 31, seadanya malah menerima hakikat Pasha sebagai seorang selebriti yang menjadi idola ramai orang. Dia juga sedia sekiranya harus menjadi suri rumah sepenuh masa selepas mereka menikah nanti.

Nikah dalam pesawat?

Pasha belum dapat memberitahu bilakah tarikh dia akan bernikah keana masih sibuk dengan acara bersama Ungu yang baru muncul dengan single baru.

Yang pasti acaranya bakal diadalah Mac depan. Adakah pada tanggal 22 Mac sempena ulangtahun Adelia yang ke 22?

“Soal tanggal berapa tu kita berdua masih mencari tarikh yang sesuai. Saya sendiri sedang sibuk mempromosikan album baru dan Adel pula masih padat jadual terbangnya,” kata Pasha.

Walaupun Pasha belum fikirkan pasal tema majlis pernikahan, bapanya inginkan anak lelakinya itu bernikah dalam pesawat memandangkan bakal menantunya itu seorang pramugari.

“Saya pernah usulkan kepada Pasha dan Adelia untuk bernikah dalam pesawat sahaja. Bernikah, keliling dengan pesawat dan turun di Bandung lalu mengadakan resepsi di halaman Monas (Monumen Nasional),” kata Syamsuddin Said, bapa Pasha.

Idea itu bagi membolehkan peminat turut meraikan hari istimewa Pasha berbanding majlis di hotel yang hanya boleh dihadiri tetamu jemputan sahaja.

Pasha nampaknya macam bersetuju dengan idea itu kerana ia sesuatu yang baru dan tidak pernah dilakuklan oleh pengantin lain sebelum ini.

“Menarik juga kalau idea tersebut dapat direalisasikan,” kata Pasha sambil ketawa bahagia.

 

 

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: