Radio Fest 2011 Di Sarawak

14 Dec

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
Gambar NASIRUDDIN YAZID


KUMPULAN 6ixth Sense menghiburkan para pengunjung sempena Radio Fest 2010 di perkarangan Plaza Angsana, Johor Bahru, baru-baru ini.

JIKA sebelum ini para pendengar radio hanya mendengar suara-suara juruhebah kegemaran mereka di corong radio tetapi melalui Radio Fest yang diadakan setiap tahun, peminat berpeluang menatap atau mengenali penyampai-penyampai radio dengan lebih dekat.

Radio Fest yang dimulakan pada Disember 2007 anjuran Radio Komersial Malaysia (CRM) adalah bertujuan meraikan pertumbuhan sihat industri radio tempatan terutama badan penyiaran swasta.

Pesta berkenaan menghimpunkan 19 buah stesen radio swasta termasuk dari Sabah dan Sarawak sama ada dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan dalam beberapa dielek tempatan.

Stesen radio itu antaranya Hitz FM, Mix FM, 988, Best 104, Catz FM, Radio Era, Lite FM, Red 104.9, THR, Sinar FM, XFresh, Suria FM, IKIM FM, Hot FM dan Fly FM.

Buat julung kalinya pada tahun ini, CRM menganjurkan Radio Fest di luar Kuala Lumpur iaitu di pekarangan Plaza Angsana, Johor Bahru, pada akhir November lalu.

Lebih 1,000 pengunjung menyaksikan Radio Fest 2010 itu walaupun pada mulanya hujan lebat tetapi keadaan tersebut tidak menghalang mereka untuk memeriahkan pesta berkenaan.

Pengunjung dihiburkan dengan celoteh penyampai radio terkenal seperti Halim Othman dari Suria FM, Faizal Ismail (Hot FM), Dina (Era FM) termasuk deejay seperti Nadia, Revathy, Azhar, Shaq, Cats, Ely, Lucas, Jin dan Fashla.

Pengerusi Penganjur Radio Fest 2010 Seelan Paul turut hadir memeriahkan lagi suasana santai pada hari itu.

Persembahan artis serta kumpulan jemputan seperti Stacy, Black, Dina, 6ixth Sense dan Bunkface turut menjadi tarikan dan masing-masing mendendangkan tiga buah lagu.

Presiden Persatuan CRM, Datuk Borhanuddin Osman berkata, penganjuran yang pertama kali di Johor adalah untuk mencari kelainan kerana sebelum ini hanya tertumpu di Kuala Lumpur.

‘Ini pertama kali Radio Fest diadakan di di Johor. Sebelum ini tiga tahun berturut-turut ianya diadakan di Kuala Lumpur.

‘Setiap kali Radio Fest, juruhebah-juruhebah radio stesen komersial akan dihimpunkan bersama orang ramai sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka,’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada tahun depan katanya, CRM akan menganjur Radio Fest 2011 di Sarawak bagi membolekan peminat di sana berkongsi kemeriahan pesta berkenaan.

Beliau berkata, dengan adanya Radio Fest ini, ia memberi peluang CRM menghargai para pengiklan dan pendengar setia mereka.

Ini kerana katanya, pengiklan stesen radio memainkan peranan penting dalam memberi sumber pendapatan untuk kelangsungan operasi siaran sesebuah stesen radio swasta.

‘Matlamat kita juga untuk mendekatkan orang ramai dengan juruhebah kegemaran mereka di samping memberi peluang mereka melihat personaliti radio secara dekat,’ katanya.

Selain itu katanya, acara ini mampu menyatukan stesen-stesen radio swasta kerana cabaran industri penyiaran pada masa depan cukup mencabar.

‘Apabila bersatu tidak akan ada stesen radio yang tercicir dan mereka juga dapat bersaing secara sihat,’ katanya.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: