Anugerah Oscar 2011 Berlangsung Februari Ini

15 Dec

LOS ANGELES 14 Dis. – Oprah Winfrey, Sandra Bullock dan Halle Berry merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menyampaikan anugerah pada Anugerah Oscar 2011 yang dijadual berlangsung pada Februari ini, kata penganjur, semalam.

Pelakon terbaik anugerah Oscar tahun ini, Jeff Bridges dan pemenang anugerah pelakon pembantu wanita terbaik pada 1993, Marisa Tomei juga dijemput untuk menjadi penyampai pada Anugerah Academy ke-83 itu, yang dijadual berlangsung pada 27 Februari ini.

Aktor James Franco yang membintangi filem terbaru arahan Danny Boyle, 127 Hoursdan pelakon filem Love and Other Drugs, aktres Anne Hathaway akan menjadi pengacara bersama pada majlis anugerah Oscar 2011 yang akan diadakan di Kodak Theater, Hollywood itu.

Berry pernah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik pada 2002, manakala Bridges dan Bullock memenangi anugerah itu pada 2010 melalui penampilan mereka dalam filem Crazy Heart dan The Blind Side.

Winfrey pula pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar sebagai pelakon pembantu dalam filem 1985 The Color Purple dan baru-baru ini terlibat dalam rakaman suara untuk watak sebagai Eudora bagi filem animasi, The Princess and the Frog. selain menjadi penerbit eksekutif filem Precious yang dicalonkan untuk memenangi anugerah gambar terbaik pada tahun ini. – AFP

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: