Armada Pasrah Belum Laku Di Malaysia

15 Dec

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Nama kumpulan baru Armada Band semakin gah di dalam dunia muzik Indonesia. Kini lagu baru mereka, Mau Dibawa Ke Mana sedang popular. Mereka juga kencang memenuhi undangan persembahan pentas dan show di TV.

Kerana nama yang cepat hangat itu syarikat produksi Tropic Jaya berusaha membawa mereka masuk ke Malaysia dengan harapan mereka akan berjaya sebagaimana band popular lain seperti Ungu, Wali dan lain-lain.

Nampaknya Armada tidak cukup kuat di Malaysia dan muzik mereka juga tidak berjaya menarik minat pendengar dalam masa yang singkat. Mangga Online sempat bertemu mereka ketika mengikut rombongan wartawan Malaysia ke Indigo Awards 2010, Jakarta bersama Tropic Jaya baru-baru ini. Album Armada dipasarkan oleh Tropic Jaya di Malaysia.

“Ya nampaknya muzik Armada belum dapat diterima oleh peminat di Malaysia. Semasa ke Malaysia dulu memang kami harapkan dapat mencorak kejayaan sebagaimana di sini. Tapi nampaknya sambutan kurang memberangsangkan. Kami tak mahu menyalahkan mana-mana pihak.

“Mungkin ada salahnya pada kami juga atau mungkin muzik kami susah diterima oleh peminat di Malaysia. Tak apa… kami pasrah menerimanya dan tidak anggap ia sebagai kegagalan.

“Kami anggap rezeki kami belum tiba untuk dikenali di Malaysia. Mungkin belum masanya. Album kami kan ada sepuluh lagu. Mungkin lagu laian yang akan dipromosikan selepas ini dapat menaikkan nama kami. Kalau di sini lagu Ku Ingin Setia sedang popular sebab itu kami pertaruhkan lagu itu sebagai single pertama, tapi nampaknya lagu itu gagal,” kata penyanyi utamanya, Tsandy Rizal Adi Pradana atau Rizal.

Kata Rizal semasa menghasilkan album mereka memang memikirkan citarasa pendengar Indonesia sahaja. Tapi apabila lagu mereka popular syarikat yang mengusulkan mereka mencuba nasib di Malaysia.

“Itu satu bonus sebab Malaysia dan Indonesia satu rumpun yang boleh menerima muzik masing-masing kerana bahasa yang hampir sama,” kata Rizal lagi.

Rizal juga menganggap percubaan pertama sebagai pembuka langkah untuk memperkenalkan Armada di Malaysia. Malah semasa ke sini dulu sudah ada peminat yang mengenali Armada.

Selaian Rizal, Armada dianggotai oleh Andit Meriyadi (dram), Adha Gusriodi  atau Radha (gitar), Amaka Mahendra Yaba atau Mai  di posisi gitar) dan Hendra Prayoga atau Endra bermain gitar bes.

Masih tinggal di rumah sewa

Walaupun sedang popular di Indonesia, anak-anak muda dari Palembang ini hidup sederhana di Jakarta. Si bujang Rizal, Andit dan Radha menyewa rumah dua tingkat dan madih menggonakan motosikal untuk bergerak. Mereka berjimat cermat kerana hidup sebagai perantau.

Endra dan isteri juga tinggal menyewa. Demikian juga Mai dan isteri yang menyewa agak jauh dari kesibukan Jakarta.

Kalau ada hal lama di Jakarta mereka kerap menginap di tingkat atas pejabat syarikat pengurusan mereka.

Mereka juga masih membeli makanan ditepi jalan dan tidak menganggap populariti yang diraaih sebagai sebab untuk mereka bermegah dan rasa malu untuk makan di warung tepi jalan.

“Saya selalu membeli makanan di pinggir jalan dan tak rasa malu. Lagipun saya boleh berjimat dan tak perlu keluarkan banyak wang untuk makan,” akui Rizal.

Dalam perkembangan lain. Andit akan menamatkan zaman bujang tahun depan. Sekiranya segala perancangan berjalan lancar, dia akan bernikah dengan gadis Semarang, Naru Setyawani pada 8 Januari depan.

Dia dan Naru yang bekerja di sebuah bank di Jakarta itu  bercinta sejak dua tahun lalu.

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: