Black Swan Terima 12 Pencalonan

15 Dec


Lakonan Kunis (kiri) dan Portman dalam satu babak filem Black Swan. – AP

LOS ANGELES 14 Dis. – Drama balet, Black Swan memperoleh 12 pencalonan pada Anugerah Critics Choice semalam, meletakkan filem thriller arahan Darren Aronofsky itu sebagai pesaing awal untuk merebut anugerah Oscar.

Filem tersebut yang dibintangi oleh Natalie Portman dan Mila Kunis sebagai dua balerina yang menyaingi satu sama lain, dicalonkan untuk anugerah-anugerah filem terbaik, aktres terbaik, aktres pembantu terbaik, pengarah terbaik, lakon layar asli terbaik, sinematografi terbaik, arahan seni terbaik, penyuntingan terbaik, rekaan kostum terbaik, solekan terbaik, bunyi terbaik dan muzik terbaik.

Anugerah Critics Choice diiktiraf sebagai salah satu anugerah paling berpengaruh pada musim anugerah filem di Amerika Syarikat (AS).

Dicalonkan dan dipilih oleh Broadcast Film Critics Association, para pemenangnya akan diumumkan pada 14 Januari ini, kurang dua minggu sebelum pencalonan untuk Anugerah Akademi (Oscar) diumumkan.

Anugerah Critics Choice sering kali menjadi petunjuk yang tepat mengenai pemenang pada Anugerah Akademi.

Pada 2010, empat pemenang teratas Anugerah Critics Choice bagi kategori lakonan juga merupakan pemenang Anugerah Akademi.

Walaupun mendapat pencalonan terbanyak dalam sejarah Critics Choice bagi sebuah filem, Black Swan menghadapi persaingan sengit daripada dua filem lain.

Versi baru filem klasik John Wayne, True Grit arahan pemenang Oscar, Joel dan Ethan Coen, memperoleh 11 pencalonan, begitu juga dengan drama kerabat diraja Britain, The King’s Speech.

Sebuah lagi filem yang mendapat sanjungan pengkritik, Inception menerima 10 pencalonan, manakala drama Facebook, The Social Network mendapat sembilan pencalonan. – dpa

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: