Farah Turun Ilmu Jadi Penyanyi

15 Dec

BERTUAH bintang muda yang menyertai program realiti, Kamilah Bintang kerana berpeluang mendapat tunjuk ajar artis terkenal tanah air iaitu Amy Search, Kumpulan Hujan, Stacy, Aizat dan Farah Asyikin apabila mereka bergilir berkongsi ilmu di pentas Kamilah Bintang.

Mereka yang terpilih menyertai program itu dan mula menunjukkan bakat masing-masing bermula 19 November lalu di Astro Ceria ialah Dayang Dayang Nazillah Awang Astillah, 14, Hulu Klang), Wani (Syazwani Sapari, 10, Petaling Jaya), Aiman (Mohammad Aiman Azli Aziz, 14, Semenyih), Faisal (Raja Mohd Faisal Khairullah Raja Abdul Halim Shah, 13, Gelang Patah, Johor), Farhan (Muhammad Fathullah Farhan Muhammad Rosdi, 12, Pekan. Pahang) dan QISTINA (Qistina Amira Binti Rohaizad, 13, Seremban).

Menurut Farah, dia dan yang lain dilantik sebagai ‘star guide’ atau mentor kepada enam peserta itu.

“Saya tengok mereka berlatih dan memberi tip untuk menjadi penyanyi yang baik. Saya bukanlah pandai sangat, cuma saya bercakap dan berkongsi pengetahuan berdasarkan pengalaman.

Semua peserta ada kelebihan dan kekurangannya.

“Sama ada peserta itu dewasa atau kanak-kanak, sama saja asalkan mereka mahu belajar.

Saya tengok peserta Kamilah Bintang ini, walaupun masih muda, mereka matang dan tidak sepadan dengan usia mereka,” katanya.

Kata Farah, mereka memilih lagu sendiri dan lagu yang mereka nyanyikan itu juga menyerlahkan kedewasaan mereka.

“Saya yakin bakat yang ada pada peserta program ini tidak akan dipersiakan dan yakin Astro sudah menyediakan sesuatu untuk mereka. Banyak cabang seni yang boleh mereka terokai.

Selain menyanyi, mereka juga boleh berlakon dan mengacara,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh, dalam usaha melebarkan strategi pendekatan secara menyeluruh bagi terus mengukuhkan kedudukan Astro Ceria sebagai saluran kanak-kanak nombor satu negara, pihaknya amat menitikberatkan pemilihan kandungan yang ditawarkan agar menepati permintaan dan kecenderungan golongan sasaran kami.

“Sejajar perkembangan industri seni yang semakin rancak terutama penerimaan penonton terhadap program bercorak realiti, Astro Ceria turut terpanggil menyediakan platform bagi memberi peluang kepada mereka mengembangkan bakat yang ada.

“Justeru, kami melihat program Kamilah Bintang sebagai saluran terbaik dan inovatif untuk mendekati dan memenangi hati golongan sasaran kami.” katanya.

Koh berkata, Kamilah Bintang adalah pertandingan nyanyian sewaktu musim cuti sekolah yang julung kali disiarkan di Astro Ceria dan satu-satunya program realiti di negara ini yang tidak akan menyingkirkan pesertanya.

“Juara hanya ditentukan menerusi markah terkumpul sepanjang enam konsert mingguan bersiaran termasuk konsert akhir yang akan berlangsung pada 24 Disember ini, di Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional), Hulu Klang, jam 5.30 petang,” katanya.

Menariknya lagi, program memberi kemudahan kepada setiap peserta tiga talian hayat sebagai bantuan kepada mereka untuk digunakan sepanjang enam minggu persembahan.

Bagaimanapun, dua markah akan ditolak setiap kali talian hayat digunakan. Tiga pilihan talian hayat yang ada, bantuan penyanyi latar, hiasan pentas dan kelas vokal.

Belumpun program ini berakhir, semua peserta Kamilah Bintang sudah diundang membuat persembahan istimewa pada Upacara Penutup Menteri Asia Timur Forum Keluarga (EAMFF) 2010 anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Pembangunan pada 10 November lalu.

“Program Kamilah Bintang bukan saja menyediakan platform untuk peserta menunjukkan bakat terpendam, tetapi juga peluang kepada mereka untuk berbakti dan menyumbang kepada sekolah masingmasing.

“Setiap minggu, pelbagai habuan menarik menanti peserta dan sekolah yang mereka wakili bagi yang berjaya mengumpul markah tertinggi untuk persembahan mingguan.

Mereka juga bakal membawa pulang pelbagai hadiah menarik pada malam kemuncak Kamilah Bintang,” katanya.

Juara Kamilah Bintang bakal menerima pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast untuk sekeluarga (4 orang – 2 dewasa & 2 kanak-kanak) termasuk hotel dan tiket penerbangan dan komputer riba berjenama VAIO.

Naib Juara pula mendapat pakej percutian ke Taman Tema Hong Kong untuk sekeluarga (4 orang – 2 dewasa & 2 kanakkanak) termasuk hotel dan tiket penerbangan dan pemenang ketiga menerima pakej percutian ke Pulau Sentosa Singapura untuk sekeluarga (4 orang – 2 dewasa & 2 kanak-kanak) termasuk hotel dan tiket penerbangan.

Semua pemenang juga menerima dua keping tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan Ipod Suffle.

Hos Kamilah Bintang Mohd Hairey Azhar Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Zoey dan Nora Danish.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: