Hugh Jackman Cedera Ringan Ketika Aksi

15 Dec


winfrey (kiri) memegang cermin semasa Jackman memeriksa kecederaannya selepas melakukan aksi lagak ngeri untuk rancangan temu bual pengacara itu di Sydney Opera House, semalam. – AFP

SYDNEY 14 Dis. – Bintang filem Australia, Hugh Jackman cedera ringan hari ini ketika melakukan aksi lagak ngeri semasa rakaman rancangan Oprah Winfrey di Sydney Opera House.

Siaran televisyen menunjukkan Jackman menggelongsor turun menggunakan kabel dari puncak Sydney Opera House ke arah pentas gergasi di luar bangunan, tetapi beliau tidak sempat berhenti lalu merempuh peralatan lampu di pentas, menyebabkan matanya cedera.

“Aksi itu sangat menyeronokkan kecuali penghujungnya,” kata aktor yang memainkan watak Wolverine dalam filem X-men itu.

Jackman, 42, yang kemudian kelihatan dengan pembalut luka kecil di bawah matanya, memberitahu Winfrey, keseronokan menggelongsor menuruni kabel itu menyebabkan dia terlewat memperlahankan pergerakannya.

“Saya turun sambil melambaikan tangan kepada semua orang, memerhatikan Sydney Harbour, nampak bapa saya, kanak-kanak, dan anda (Winfrey), menarik brek tetapi terlewat,” katanya.

Wartawan hiburan di tempat kejadian berkata, sebelah mata Jackman lebam akibat rempuhan itu.

Beliau bagaimanapun cukup sihat untuk mengajar Winfrey cara makan Vegemite, sejenis jem daripada ragi hitam yang menjadi kegemaran penduduk Australia semasa sarapan pagi.

Beliau menyapukannya pada sekeping biskut dan menghulurkannya kepada ratu rancangan wawancara televisyen Amerika Syarikat (AS) itu.

Winfrey, diiringi oleh 302 tetamunya yang dibawa khas dari AS, berada di Australia untuk menghasilkan dua rancangan wawancara di televisyen, dengan tetamu dari Australia seperti Jackman, Russell Crowe, Nicole Kidman, Keith Urban dan Olivia Newton John.

Australia membelanjakan lebih A$3 juta (RM9.3 juta) untuk membawa The Oprah Winfrey Show ke negara ini sebagai cara untuk mempromosikan pelancongan di Australia.

Program televisyen itu ditonton oleh 40 juta rakyat AS dan disiarkan di 145 negara. – Reuters

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: