Penyiasat Seekers Sahut Cabaran

15 Dec

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


TIGA penyiasat Seekers musim ketujuh. (Dari kiri) Azimah, Zahirah dan Syai.

APABILA bercakap tentang alam ghaib, tentu tidak ramai yang gemar mengambil endah apatah lagi ada yang menyifatkannya begitu condong kepada unsur-unsur tahyul.

Namun, bagi masyarakat yang lebih moden dan berfikiran terbuka, bercerita tentang alam ghaib, entiti dan sebagainya bukan tiada kebenaran.

Cuma, bagi mereka tiada ertinya pelbagai cerita penemuan makhluk halus yang dicanang andai tidak disertakan dengan bukti kewujudannya.

Seekers antara program televisyen yang membongkar kewujudan entiti di sesebuah tempat yang cukup mendapat perhatian daripada peminatnya tersendiri.

Dengan menggunakan pelbagai alatan moden dan gajet terkini, bukti atau kesahihan cerita yang sering dimomokkan kepada masyarakat sesebuah tempat dapat dikenal pasti.

Melangkah ke musim ketujuh, program Seekers yang bersiaran di ntv7 pada setiap Rabu, pukul 9 malam dengan intipati yang pasti menggamit penonton untuk terus menyaksikan pembaharuan yang di lakukan.

Mengekalkan penyiasat, Azimah, 26, (Norazimah Nor Muslim) yang menyertai rancangan itu sejak musim kelima, dua penyiasat baru yang diperkenalkan pada musim kali ini ialah Zahirah, 26, (Zahirah Radzi) dan Syai, 29, (Syaiful Redzuan Md. Noor).

Lokasi rakaman untuk kesemua 14 episod termasuk kawasan di Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah dan Johor.

Bercerita tentang Seekers musim terbaru, menurut penerbitnya, Aezul Reeza Ismail, rancangan yang bercorak dokumentari realiti itu menerapkan unsur-unsur dramatik yang pastinya mampu menarik minat penonton.

Selain menampilkan tiga penyiasat bagi musim kali ini, turut menyahut cabaran pada episod-episod tertentu ialah artis dan selebriti terkenal antaranya Julia Ziegler, Daus AF8, Ikhwan, Intan Ladyana dan Munir.

“Dalam rancangan ini, selebriti yang terlibat akan mengambil bahagian sebagai menyahut cabaran dan membuktikan keberanian mereka.

“Inilah yang kami ingin terapkan kepada masyarakat supaya jangan takut kepada benda-benda ghaib seperti hantu dan sebagainya,” katanya.

Penglibatan artis pada musim kali ini adalah pembaharuan ketara berbanding musim-musim sebelumnya.

Pelbagai kisah dan pengalaman yang dirasai oleh selebriti ini ketika ditinggalkan bersendirian di sesuatu kawasan yang bakal dikongsikan bersama peminat mereka.

“Kali ini bukan hanya duduk sendirian tetapi kita mahu penyiasat serta artis yang terlibat berinteraksi dengan entiti. Maksudnya mereka boleh berinteraksi serta saling mencabar entiti supaya menampakkan diri,” kata Aezrul lagi.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: