Zac Efron, Vanessa Hudgens Berpisah

15 Dec

LOS ANGELES 14 Dis. – Hubungan Zac Efron dan Vanessa Hudgens dilapor berakhir selepas empat tahun bercinta, walaupun pasangan remaja itu mengakui perpisahan tersebut berlaku secara baik.

Rakan-rakan mereka berkata, pasangan yang bertemu di lokasi penggambaran High School Musical itu masih menjalin hubungan baik sebagai kawan.

“Tiada apa yang dramatik. Tiada pihak ketiga terlibat dalam perpisahan mereka.

“Mereka masih boleh berbual dan masih berkawan. Mereka juga tidak menipu antara satu sama lain kerana mereka sudah matang,” kata kawan-kawannya kepada E! Online.

Efron, 23, baru-baru ini bercakap tentang hubungan percintaannya dengan Hudgens, 21, dan dia mengakui lebih senang untuk tidak tinggal bersama teman wanitanya kerana ia boleh membantu menyuburkan rasa cinta di antara mereka.

“Kami sering berjauhan setiap kali menjalani penggambaran, tetapi ia menguatkan lagi cinta kami.

“Bila bekerja, kita perlu fokus. Saya boleh memberikan tumpuan bila kami berjauhan. Apabila kami bertemu semula, keadaan menjadi lebih baik,” katanya.

Efron juga pernah memuji bekas kekasihnya itu kerana Hudgens dapat membantu dia mengelak pelbagai godaan selepas terkenal.

“Apa yang saya boleh katakan, banyak gangguan datang selepas terkenal seperti godaan wanita dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, ia memberi saya pengalaman yang membuatkan saya kagum dengan kecantikan wanita,” ujarnya. – Agensi

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: