Apabila 'Gergasi' Ditahan Si Kerdil

16 Dec

DIA bukan lelaki kacak yang menjadi idaman wanita. Namun, aksi komedinya sering menarik perhatian ramai penonton. Itu kelebihan yang dimiliki aktor berbakat besar, Jack Black yang muncul dengan filem baru, Gulliver’s Travel.

Berbeza dengan penampilan awal menerusi filem popular, King Kong, Black masih sinonim dengan filem komedi seperti mana yang ditampilkan dalam The School Of Rock dan Nacho Libre. Aktor berusia 41 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat ini kembali menggeletek penonton dengan lakonan filem baru yang membawa kisah penulis iaitu Lemuel Gulliver yang mendapat tugasan ke kawasan Segi Tiga Bermuda.

Diarahkan Rob Letterman yang terkenal menerusi filem animasi, Shark Tale dan Monsters vs Aliens, pengembaraan Gulliver sebaliknya memasuki dunia orang kerdil yang tinggal di Pulau Liliput.

Plot yang diadaptasi dari novel Jonathan Swift pada kurun ke-18 ini menampilkan genre pengembaraan klasik dan komedi kontemporari. Sesuai dengan pemilihan Black sebagai pendukung utama dibantu Jason Segel, Emily Blunt, Amanda Peet dan Billy Connolly, pelbagai adegan lucu dapat ditonton.

Black berkata, dia mengakui selesa berlakon dalam filem genre komedi yang menjadi satu formula untuknya terus menarik perhatian penonton. Di sebalik aksi membuat penonton ketawa, dia juga mementingkan aspek mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

Katanya, beraksi komedi depan penonton bukan perkara mudah untuk dilakukan apatah lagi ketika berada di set penggambaran.

“Orang lain beranggapan pelakon hanya berdiri ketika berada di set, tetapi pengarah menyuruh saya tampil dengan sesuatu berbeza sebagai tarikan.

“Filem baru kali ini menampilkan aksi saya tidak berbaju. Apapun, saya berbangga dengan penampilan sebegini.

“Pada saya tidak banyak aksi lelaki seperti saya ditonjolkan di layar perak. Namun, filem ini masih sesuai ditonton untuk seisi keluarga,” katanya.

Memberi tarikan, lakonan Black menarik perhatian kerana dia menjadi lelaki yang dianggap gergasi pada kelompok masyarakat di Pulau Liliput. Gulliver. Selepas ditangkap askar kerdil diketuai Jeneral Edward, dia kemudian diberi kepercayaan Raja dan Permaisuri di negara itu untuk menyelamatkan Puteri Mary (Emily) yang diculik. Atas tugasan baru itu, dia dilantik sebagai penyelamat rasmi diraja tetapi tidak disukai Edward yang berusaha menyingkap kebenaran untuk menjatuhkan kredibiliti Gulliver.

Bercerita perkembangan lain, sepanjang tahun ini Black turut terbabit dengan tiga drama bersiri iaitu Community, Drunk History dan sitkom popular, iCarly termasuk Kung Fu Panda Holiday Special. Tahun depan, dia kembali muncul dengan empat filem baru, The Big Year, Bernie, sekuel Kung Fu Panda 2 dan The Muppets yang masih dalam penggambaran.

Dalam pada itu, Black bekerjasama dengan aktor popular drama bersiri, My Name Is Earl iaitu Jason Lee untuk projek terbaru, Shredd: The Jon Johnsonsen Story. Untuk watak Black kali ini, ia masih belum dipastikan.

Drama bersiri baru ini menampilkan Shred lakonan Lee sebagai juara papan luncur yang berdepan situasi kritikal apabila koma selama 25 tahun. Selepas tersedar, dia mula menyesuaikan diri dengan situasi baru itu.

Black juga bangga dengan penampilan bersama Jason Segel melakonkan watak kartun untuk sitkom popular, Peace On Earth/The Little Drummer Boy. Sitkom versi baru ini pernah menggandingkan David Bowie bersama Bing Crosby pada 1977 menerusi Crosby TV Christmas Special. Peranan yang dimainkan dua aktor berpengalaman ini bukan setakat merakam suara. Malah, mereka juga sanggup ‘menjual’ suara untuk lagu dari sitkom ini yang digunakan membantu anggota keluarga tentera di bawah satu organisasi bukan keuntungan.

Kerjasama ini dua rakan karib ini berterusan selepas terbabit bersama menerusi filem Gulliver’s Travels akan ditayangkan di pawagam pada 23 Disember ini.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: