Borak Lokasi: Tinggal Jawatan Pengurus Jualan

16 Dec

WALAUPUN pernah bekerja sebagai pengurus jualan dan pentadbiran, Faruz Sharif, 30, atau Giant tidak pernah berasa puas. Dengan pertolongan seorang rakan, pemuda berasal dari Seremban ini akhirnya dipilih sebagai kru produksi.

Ternyata pilihannya tepat kerana sudah dua tahun dia bekerja dalam bidang ini.

“Saya tak menyesal tinggalkan jawatan itu kerana bosan bekerja terlalu protokol. Jawatan awal saya dalam produksi ialah sebagai ‘runner’ selama tiga bulan. Selepas itu saya naik ke props master, pembantu pengurus produksi dan sekarang bergelar pengurus produksi.

“Untuk Kisah Bujang Sepah, tanggungjawab saya ialah mencari lokasi, props dan penaja yang sanggup bekerjasama. Mencari lokasi agak rumit kerana kadangkala saya sudah berjumpa yang sesuai, tapi sebab ada produksi lain pernah buat hal di situ, pemiliknya enggan lagi benarkan penggambaran dibuat.

“Daripada segi tajaan, tiada masalah kerana ramai yang mahu mempromosikan jenama produk mereka dalam drama ini. Walaupun tugas sebagai pengurus produksi, mana yang saya boleh bantu untuk bahagian lain, saya akan buat kerana kami bekerja sebagai satu keluarga. Menerusi cara itulah sesebuah penggambaran akan berjalan lancar,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: