Adzrin Pujaan Malaya

17 Dec

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar ZAKARIA IDRIS


Adzrin bangga apabila single Pujaan Malaya mendapat sambutan hangat pendengar.

KETIKA lagu pop komersial menguasai persada muzik semasa, kehadiran lagu bergenre unfolk, Pujaan Malaya nyanyian Adzrin Adzhar yang mula diputarkan di radio pada awal tahun ini dilihat seakan memberi pilihan kepada pencinta muzik tempatan.

Rentak muzik yang seakan-akan irama 50-an itu muncul sebagai pengubat rindu kepada peminat lagu sebegitu tatkala lagu-lagu moden masih lagi menyelubungi arena seni muzik tanah air.

Impaknya, anak jati Kuala Lumpur yang berusia 25 tahun ini menjadi pujaan Malaya kerana memberi ruang kepada irama tersebut untuk bernafas kembali dalam dunia hiburan tempatan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, seawal usia 16 tahun, Adzrin pernah dilamar oleh MIG Records untuk menjadi artis mereka setelah bakat nyanyiannya dicungkil menerusi Pertandingan Bintang Sensasi Menara Kuala Lumpur/ Hai pada 2002.

Malangnya, entah di mana silapnya, impian Adzrin untuk bergelar penyanyi profesional berkubur begitu sahaja.

Tekad Adzrin, dia ingin melupakan terus bidang nyanyian setelah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Namun, tempoh lapan tahun menjauhkan diri dari lapangan seni, bakat nyanyiannya itu kembali mewarnai industri muzik tanah air.

Alasannya, hanyalah disebabkan minatnya yang mendalam terhadap bidang nyanyian.

Selain itu, jelas Adzrin, kebangkitannya dalam bidang ini turut diiringi dengan semangat untuk membela nasib ayahnya yang pernah ditipu.

“Pujaan Malaya sebenarnya dicipta sebagai lagu tema sebuah filem tempatan.

“Tetapi entah di mana silapnya, filem tersebut diibaratkan seperti projek gajah putih. Terbengkalai tanpa ada lanjutannya ,” luah Adzrin berbaur kekecewaan.

Tambah Adzrin, ayahnya yang bertindak selaku produser filem tersebut begitu kecewa kerana individu yang sepatutnya menyiapkan projek itu hilang begitu sahaja.

“Saya pernah mencari individu yang terlibat, tapi masih gagal untuk bertemu mereka.

“Meskipun ada masalah dalam projek tersebut, ia sepatutnya diperjelaskan kepada ayah saya. Bukannya melarikan diri begitu sahaja tanpa meninggalkan jejak,” katanya.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: