Ahmad Dhani Meriahkan Konsert Ria 2010

17 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Astro bakal menutup tirai tahun ini dengan membawakan Konsert Ria 2010 pada hari Ahad, 19 Disember ini bermula jam 6.00 petang di I-City, Shah Alam.

Ahmad Dhani antara artis ngetop yang bakal beraksi bersama barisan bintang lain seperti The Lucky Laki dan T.R.I.A.D serta penyanyi-penyanyi popular tanahair seperti Anuar Zain, M Nasir, Datuk David Arumugam, Misha Omar, Aizat, Black, MUH, Project, Pistol,Tilu, Altimet, XPDC, Saleem, AC Mizal dan One Nation Emcee. Turut membuat persembahan kelak ialah bintang Akademi Fantasia kesayangan ramai seperti Mawi, Stacy, Hafiz, Akim, Aril, Shahir dan Adira.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, penganjuran Konsert Ria 2010 merupakan platform terbaik bagi Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) secara am dan Astro Ria khususnya sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu para penonton.

Konsert percuma yang terbuka kepada orang ramai ini akan dimulakan terlebih dahulu dengan persembahan istimewa peserta Kamilah Bintang, finalis Mari Menari, bintang-bintang Kau Dan Aku dan Nabil yang akan menguji orang ramai dalam permainan Anda Ada 60 Saat. Pelbagai permainan dan hadiah istimewa disediakan untuk dimenangi para pengunjung. Konsert ini turut dimeriahkan dengan kehadiran krew Era FM, Sinar FM, THR Gegar dan XFM yang juga merupakan radio rasmi Konsert Ria 2010.

Konsert Ria 2010 pastinya akan menutup tahun 2010 sebagai sebuah konsert yang akan diingati.  Bagi mereka yang berminat untuk datang ke konsert ini bolehlah datang ke I-City, Shah Alam bermula jam 6.00 petang, 19 Disember 2010. Bagaimanapun, para peminat dinasihatkan untuk datang  lebih awal untuk mengelakkan kesesakan.

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: