Ajak Cintai Buku

17 Dec

PROGRAM berkonsep perjalanan atau lebih dikenali travelog sering menarik perhatian penonton mengenai destinasi percutian. Lazimnya program sebegini berkongsi pengalaman selebriti atau kru produksi yang berkunjung pertama kali ke suatu tempat.

Bagi penonton yang gemar menyaksikan program seperti ini, stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV1 menayangkan satu program travelog terbaru iaitu Kembara Buku.

Dalam program terbitan Perpustakaan Negara Malaysia bersama RTM ini memaparkan pengalaman menarik mengenai buku sebagai fokus yang ingin disingkap. Memberi kelainan, apa yang disampaikan tidak terhad pada pembaca yang meminati sesuatu bahan bacaan, malah kupasan juga merujuk pada institusi, aktivis dan acara membabitkan buku.

Menerusi program ini, penonton berpeluang mengenali lebih lanjut aktiviti yang dilakukan penggemar buku atau lebih dikenali sebagai Book Trailers. Kisah perjalanan yang dilalui kelompok ini disampaikan pengacara, Sayed Munawar.

Di sebalik menjadi hiburan pada program sedia ada, penyampaian program ini dilihat inisiatif besar menggalakkan masyarakat mencintai buku sebagai bahan ilmu dan merangsang apresiasi tinggi terhadap aktivis buku.

Untuk musim pertama, program ini menjelajah di empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Mesir dan Arab Saudi. Seperti di Mesir, penonton berpeluang menyaksikan Pesta Buku Kaherah yang terkenal sebagai acara terbesar di benua Afrika dan negara Arab manakala kedua terbesar selepas Pesta Buku Frankfurt di Jerman.

Memberi tarikan utama, program ini menyingkap peranan yang dimainkan Perpustakaan Negara yang menjadi mercu tanda seperti mana acara outreaching yang memupuk minat orang ramai terhadap buku. Program ini juga berkongsi pandangan menerusi temu bual bersama tokoh seperti Tan Sri Sanusi Junid, Prof Madya Shaharom TM Sulaiman dan Rejab FI.

Lebih menarik, program ini berkunjung ke Gua Hira, meninjau kedai buku sekitar Masjidil Haram, arkib Masjid Nabawi termasuk mengenali dua kedai buku unik di Jeddah. Dalam kunjungan ini, sistem pengajian talagi di Sekolah Al Marhum Syeikh Muhammad Al Maliki dan karya Magnum Opus dipaparkan.

Lokasi di Indonesia pula merangkumi Pesta Buku Islami di Jakarta, Pasar Buku Langka, Pustaka HB Yassin di Taman Ismail Marzuki, kedai buku Pak Joze Rizal, Toko Buku Gunung Agung, Toko Buku milik Haidar Bagir, Toko Buku Obral di Jogjakarta, Pustaka di Malioboro, Kampung Buku di Taman Kiyai Langgeng dan Koleksi Hatta di Universiti Gajah Mada.

Kepada penonton setia TV1, jangan lupa saksikan program ini pada setiap Ahad jam 2 petang.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: