Ashraf Di Samping 3 Gadis Jelita

17 Dec

MANTAP... (dari kiri) Ashraf, Yana, Diana bergabung dalam filem Aku Masih Dara.

MANTAP… (dari kiri) Ashraf, Yana, Diana bergabung dalam filem Aku Masih Dara.

FILEM yang memaparkan kisah keruntuhan akhlak remaja, Aku Masih Dara mempertaruhkan tiga bintang berbakat besar di persada seni tanah air – Ashraf Muslim, Yana Shamsudin dan Diana Amir buat julung kalinya di layar perak.

Dalam filem komedi romantik arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri terbitan MIG Production Sdn Bhd yang mula ditayangkan hari ini (16 Disember), Ashraf membawa watak Firdaus, Yana watak Aleesya yang juga mangsa rogol manakala Diana pula watak antagonis, Hani.

Ashraf, 29, yang sudah tiga tahun berlakon berkata, watak Firdaus yang juga lepasan universiti Mesir ada kelainan daripada lakonannya sebelum ini.

“Saya juga sudah dua kali bawa watak ustaz dalam drama Puaka Niyang Rapik dan Cinta Sempurna sebelum ini. Cerita ini mengenai tiga gadis remaja iaitu Aleesya, Hani dan Sofea (lakonan Raja Farah).


“Firdaus pula sepupu Aleesya. Firdaus bukanlah ustaz yang alim seperti dalam drama sebelum ini kerana dia seorang yang moden walaupun ada ilmu agama. Firdaus juga belajar seni silat dan bergaul dengan masyarakat sekelilingnya. Penggambaran filem ini berlangsung pada Disember tahun lalu,” katanya.


Ditanya pengalamannya bekerja dengan tiga gadis jelita dalam filem itu, Ashraf akui mereka banyak membantu menjiwai watak diserahkan itu.

“Ini kali pertama saya berlakon dengan Yana sama ada dalam drama mahupun filem. Apapun, saya pernah berlakon dengan Diana dalam drama bersiri Impian dan sudah dua kali dengan Raja Farah. Masing-masing menampilkan lakonan yang bagus dalam filem ini seperti dikehendaki pengarah,” katanya.

Sebagai pelakon, Ashraf mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam lakonannya.

“Apabila saya menonton lakonan sendiri dalam filem ini, saya percaya boleh buat yang lebih bagus lagi. Apa yang penting, filem ini mempunyai mesej yang baik kepada masyarakat.

“Ia juga filem pertama saya dengan Ahmad Idham. Terus terang, dia banyak menaikkan nama saya di dalam bidang seni.

Saya sudah beberapa kali bekerja dengan Idham dalam drama bersiri Impak Maksima dan Ni Yang Rapik.

“Saya juga selesa bekerja dengannya dan hanya mengikut cara dia bekerja dan apa yang dikehendakinya dalam filem ini. Cerita ini menarik kerana ia ada elemen humor dan dakwah yang mampu menarik penonton ke pawagam,” katanya yang bakal terbabit dengan penggambaran drama bersiri 13 episod untuk slot Zehra TV3, Ustaz Amirul.

Yana tidak ‘demand’

PEMENANG Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 (Filem Adnan Sempit), Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin memegang watak Aleesya yang menjadi mangsa rogol pengedar dadah, Zekry (lakonan Farid Kamil) dalam filem Aku Masih Dara.

“Aleesya, anak orang kaya yang hanya baik depan ahli keluarga tapi di belakang sebaliknya. Apabila baca skrip filem ini, saya mendapati ada babak rogol dalam cerita.

“Saya sedar, ia watak hitam yang tidak disukai orang nanti. Aleesya seksi tapi dia bukan perempuan murahan dan hanya ikut kata hati saja.

“Selepas baca keseluruhan skrip, saya terus terima tawaran buat filem ini kerana mesejnya yang memberi kesan mendalam pada moral remaja di luar sana,” katanya.

Filem Aku Masih Dara adalah filem ketiga Yana, selepas Histeria dan Adnan Sempit. Filem Kongsi pula akan ditayangkan awal tahun depan.

Cabaran paling besar untuk menjiwai watak Aleesya pula, kata Yana, ialah untuk bawa watak gadis nakal dan seksi yang lari daripada dirinya sendiri.

“Saya tidak bimbang dengan penerimaan orang di luar sana kerana tidak perlu buat babak ranjang untuk adegan Aleesya dirogol Zekry,” katanya.

Mengenai perkembangan karier lakonannya selepas menang anugerah, akui Yana ada orang ingat dia ‘demand’ selepas menang.

“Saya tidak ‘demand’ seperti tanggapan segelintir pihak. Sebaliknya, nilailah bakat saya dengan harga ‘standard’ dan berpatutan dalam bidang seni,” katanya.

Selepas drama bersiri Siti Kelembai disiarkan di TV3, Yana terbabit pula dalam telefilem terbitan Astro, Love Nora membabitkan penggambaran di Itali, baru-baru ini.

Diana lihat watak antagonis daripada sudut positif

SECARA peribadi, kata pelakon Diana Amir, dia lebih suka berfikir secara positif apabila dapat watak antagonis dalam filem Aku Masih Dara. Diana, 24, bawa watak Hani yang berasal dari keluarga susah dalam filem itu

“Saya percaya, watak Hani bukan diri saya yang sebenar dan tidak sejahat seperti dalam skrip itu. Apabila kali pertama baca skrip filem Aku Masih Dara, saya sedar, Hani adalah watak antagonis, Hani yang juga anak orang susah dan dibesarkan dalam keluarga yang susah. Lebih teruk lagi, Hani tidak percaya kepada Tuhan dan seorang pemberontak,” katanya.

Kata Diana, dia terima tawaran buat filem itu kerana wataknya yang mencabar.

“Sebelum ini, saya sering ditawarkan watak baik dan teringin bawa watak jahat, tapi bukan keterlaluan.

“Sepanjang penggambaran filem ini, saya paling rapat dengan Raja Farah. Saya juga ada keserasian berlakon dengan Ashraf dan Farid Kamil yang juga watak Zekry selaku kawan Hani dalam filem ini,” katanya.

Kata Diana lagi, pada pemerhatiannya, Idham juga pengarah yang cepat bekerja.

“Idham hanya ambil sekali syot saja dan ia memang mencabar saya untuk beri yang terbaik dan kelebihannya ialah penggambaran filem ini cepat selesai seperti dirancang.

“Saya tak faham apabila orang kata Idham garang kerana sepanjang kerja dengannya dia OK saja dan akan garang kalau kita buat salah,” katanya yang sudah beraksi dalam filem seperti V3 Samseng Jalanan, Senario Opocot dan Aku Masih Dara, Keramat dan 321 Cinta.

>PROFIL

NAMA PENUH: Mohd Ashraf Muslim

ASAL: Teluk Mas, Melaka

TARIKH LAHIR: 19 September 1981

UMUR: 29 tahun

AKADEMIK: Diploma Pentadbiran Kerajaan (Kuala Lumpur Infrastructure University College)

KELUARGA: Anak sulung daripada tujuh beradik

STATUS: Bujang

KERJAYA: Model, pelakon dan pengacara

DRAMA: Puaka Niyang Rapik, Cinta Sempurna, Impak Maksima

PROGRAM: Gadis Melayu

>PROFIL

NAMA PENUH: Norliana Samsudin

NAMA KOMERSIAL: Yana

TARIKH LAHIR: 25 September 1984

ASAL: Yong Peng, Johor

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Seni Layar, UiTM Shah Alam

STATUS: Bujang

KERJAYA: Penyanyi, pelakon, penulis skrip dan pengarah

FILEM: Selamat Pagi Cinta, Histeria, Shh… Dia Datang, 7 Perhentian, Mami Jarum Junior, Main-Main Cinta, Adnan Sempit, Kongsi

TELEFILEM/DRAMA: E-toyol.com, Bionik, Lu’Lu, 3 Janda, Siti Kelembai, Love Nora

ALBUM: Yana Ceria (2004).

PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Filem Adnan Sempit (FFM23)

>PROFIL

NAMA PENUH: Diana Amir

ASAL: Johor Bahru, Johor

TARIKH LAHIR: 22 Jun 1986

UMUR: 24 tahun

TEMPAT LAHIR: Birmingham, England

KELUARGA: Anak keempat daripada tujuh beradik

AKADEMIK: Penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang

STATUS: Bujang

KERJAYA: Model, pelakon dan pengacara

DRAMA: Drama siri Impian

FILEM: V3 Samseng Jalanan, Senario Opocot, Keramat, 321 Cinta

PROGRAM: Life Can’t Wait

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: