Borak Lokasi: Selesa Bekerja Dalam Bidang Kreatif

17 Dec

SUDAH pelbagai kerja dilakukan Ahmad Sharif Mat Kasa, 33, yang berasal dari Batu Kurau, Perak. Akhirnya dia mendapati jiwanya lebih tertarik bekerja sebagai pekerja kreatif dalam produksi drama. Kini sudah enam tahun dia terbabit sebagai kru produksi.

“Awalnya saya hanya buat kerja teknikal. Namun, satu hari, props master yang bekerja dalam produksi lari meninggalkan tanggungjawab itu. Saya akhirnya ditugaskan menggalas kerja itu secara bidan terjun. Memang agak tertekan mulanya hendak buat kerja yang agak asing buat saya.

“Bagaimanapun, lamakelamaan saya dapati props master kerja yang memerlukan kreativiti tinggi. Umpamanya, hendak mencari barang untuk digunakan sebagai props sesebuah drama memang mudah. Untuk Kisah Bujang Sepah, props yang digunakan boleh dikatakan agak sederhana, tapi agak hebat juga.

“Walaupun nampak ringkas, susunan propsnya agak rumit.

Apapun bagi saya untuk suasana rumah kampung tak perlu terlalu sarat sangat kerana biarlah nampak asli dan semula jadi. Cuma, saya kena ubah kedudukan props mengikut perubahan sudut penggambaran,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: