Bujang Sepah Terus Mengembara

17 Dec

RUMAH kampung yang indah dan tenang di kawasan sawah padi di Sungai Burung, Kuala Selangor menjadi pilihan sebagai lokasi drama komedi Kisah Bujang Sepah
musim kedua kerana konsep drama ini berbentuk pengembaraan tiga jejaka iaitu Jep, Mamat dan Shuib. Kali ini, pelakon undangan ialah Yank Kasim dan Lufya (Akademi
Fantasia).

Selepas menempuh perjalanan yang jauh dari ibu kota, wartawan Rap tiba di lokasi kira-kira jam 12.30 tengah hari. Kelihatan tiga pelakon utamanya sibuk menghafal skrip, manakala Lufya pula disolek. Semua kru penggambaran sibuk mencari sudut yang sesuai dan menarik untuk dirakam.

Pengarah drama ini, Isqandar Jebat Mohd Hairi, 31, atau Jebat berkata, untuk kali ini tugas pengarahan digalas olehnya kerana pengarah asal yang bertanggungjawab mengarahkan Bujang Sepah musim pertama sibuk dengan kerja teknikal lain. Bagaimanapun, dia bukan orang baru kerana sudah terbabit dengan produksi drama selama 11 tahun.

“Ketika musim pertama, saya terbabit dengan penyediaan skrip dan muzik latar untuk Bujang Sepah. Muzik yang dihasilkan dibuat sendiri berdasarkan lagu rakyat di negara kita.

“Inilah yang menjadi identiti drama ini. Malah kami juga ada lagu khas iaitu Lalalitamplom ciptaan Hemdee. Untuk kali ini kami masih kekalkan lagu sama, tapi diubah suai bentuknya supaya lebih menarik dan segar.

“Saya ditugaskan mengarah untuk empat episod Kisah Bujang Sepah dan pengalaman bekerja dengan mereka sangat mudah kerana semuanya tahu tugas masing-masing.

“Mereka tak buat kerenah tak elok, sebaliknya kerenah yang buatkan semua orang pecah perut kerana asyik ketawa. Malah, mereka ada kelebihan yang tiada pada orang lain.

“Pada saya konsep drama yang ditampilkan ada kelainan berbanding drama lain.

Mereka tak boleh dipisahkan kerana masing-masing membantu lakonan satu sama lain,” katanya.

Konsep Kisah Bujang Sepah sebenarnya adalah gabungan daripada cerita filem popular Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Idea ini dihasilkan Shafirul Nizam Haron, Pengurus Eksekutif saluran Astro Prima dan Mohd Danial. Gabungan idea mereka menghasilkan drama ini. Ia bukan sekadar hiburan semata-mata kerana turut diselitkan mesej positif.

“Kisah Bujang Sepah sebenarnya kesinambungan daripada Dodol Sepah yang disiarkan ketika Aidilfitri.

Ceritanya dibuat sempena memperingati P Ramlee. Rating yang diberikan penonton sangat bagus. Anggota Sepah juga banyak bagi idea untuk memantapkan drama ini.

“Memilih buat penggambaran di kampung sebenarnya mempunyai cabaran tersendiri kerana masa bekerja sangat kompetitif. Selain cuaca yang tak menentu, gangguan yang dihadapi adalah daripada bunyi jentera pemotong padi kerana sekarang musim menuai. Serangga juga mendatangkan masalah kerana ada kru yang terkena sengatan.

“Saya hasilkan lakon layar yang agak besar dan kena ambil masa satu hingga dua jam untuk menyiapkan sesebuah babak. Mutu drama ini juga dijaga kerana kami menggunakan kamera jenis GSR 400 yang sesuai untuk penyiaran. Saya juga lebih menekankan pada lakonan pelakon agar menarik dan seronok ditonton peminat,” katanya yang turut membuat penggambaran di tepi laut dan kawasan sekitar Kuala Selangor.

Penggambaran musim kedua ini banyak berkisar di rumah Haji Latah (lakonan Yank Kasim) kerana konsep cerita diambil daripada filem Labu Labi. Haji Latah mempunyai anak, Cikgu Saleha (Lufya AF). Ketiga-ketiga mereka datang ke kampung itu untuk mencari 12 ketul batu permata yang disimpan moyang mereka.

Di sana mereka terpaksa menyamar bekerja sebagai tukang kebun, tukang masak dan pemandu, tapi terpaksa berdepan kerenah Haji Latah yang ingin berkahwin tapi tidak direstui anaknya.

Kesudahan cerita ini dapat disaksikan menerusi Kisah Bujang Sepah yang bersiaran menerusi saluran Astro Prima (105).

BORAK LOKASI:
JUDUL: Bujang Sepah
GENRE: Komedi
DURASI: 60 minit
EPISOD: 26 episod
PRODUKSI: Produksi Prima Kreatif Sdn. Bhd.
PENERBIT: Rosdy Husin
PENERBIT EKSEKUTIF: Rozami Husin
PENGARAH: Mohd Danial Hasbullah/ Isqandar Jebat Mohd Hairi
PENOLONG PENGARAH: Roszani Yaakob
PENGURUS PRODUKSI: Wan Norzaza W Mohd Noor
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Faruz Sharif & Ramizal Masdar
KONTI: Haryaniza Othman
HANDYMAN: Hairul Anuar Musa
PROPS MASTER: Ahmad Sharif Mat Kasa
PEMBANTU PROPS MASTER: Wan Sharizon Rahim
SOLEKAN: Siti Rohani Dolah & Fafa
BUSANA: Siti Mahanifa & Ain
RUNNER: Zainal Abiden Yahya
TARIKH SIARAN: Bermula 3 Januari 2011
PELAKON: Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep Sepah), Mohd Noor Murad (Mamat Sepah), Shahmira Mohamed (Shuib Sepah), Nonny Nadhirah (Nonny AF), Zizie AF, Ely Sarimah, Hamid Gurkha, Imuda, Sheila Mambo, Lufya AF, Yank Kasim.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: