Johnny Depp Kagumi Venice

17 Dec

ROME 16 Dis. – Aktor Johnny Depp berkata, dia mengkagumi bandar Venice dan masih teringat pengalaman manisnya menyusuri jalan-jalan di bandar tua itu semasa menjalani penggambaran filem terbarunya, The Tourist, yang menerima tiga pencalonan pada anugerah Golden Globe.

“Saya menimba banyak pengalaman berharga tentang Venice semasa menyusuri jalan-jalan di bandar itu sekitar antara pukul 10 malam hingga 2 pagi ketika semua kedai ditutup. Saya menikmati keindahan Venice, suasana seramnya dan semua sisi gelap tempat itu.

“Bagi seorang pelakon yang menjalani penggambaran di bandar itu, ia sangat membantu. Keajaiban bandar itu jelas kelihatan sepenuhnya,” kata Depp.

Pelakon itu berkata demikian semalam semasa berada di sini untuk mempromosi The Tourist, sebuah filem yang sebahagian babaknya menjalani penggambaran di Paris dan di Venice, utara Itali.

Filem baru tersebut diarahkan oleh Florian Henckel von Donnersmarck dan turut menampilkan Angelina Jolie.

The Tourist kelmarin menerima pencalonan pada anugerah Golden Globe bagi kategori Filem Komedi Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Depp dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Jolie.

Filem itu yang menjalani rakaman lebih lima bulan di Venice awal tahun ini, mula ditayangkan di AS awal bulan ini.

Ia mengisahkan tentang Frank, seorang pelancong AS lakonan Depp yang melancong ke Itali untuk memulihkan dirinya yang kecewa dan kemudian bertemu Elise lakonan Jolie. – AFP

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: