Kejutan Kamilah Bintang

17 Dec

DUA kali bergelar juara mingguan, apakah ia satu petanda buat Faisal untuk merangkul gelaran juara Kamilah Bintang yang kini hangat ditayangkan di saluran Astro Ceria (611)?

Sememangnya sukar untuk diramalkan bagaimanapun pencapaian Faisal atau nama sebenarnya, Raja Mohd Faisal Khairullah Raja Abdul Halim Shah, 13, Gelang Patah, Johor), menerusi program itu cukup membanggakan.

Diumumkan sebagai juara mingguan sebanyak dua kali bererti Faisal berjaya mengumpul RM20,000 untuk tabung sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Gelang Patah, Johor. Selain Faisal, Farhan Muhammad Fathullah Farhan Muhammad Rosdi, 12, dari Pekan, Pahang juga pernah meraih gelaran sama. Termasuk seorang lagi peserta iaitu Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nazillah Awang Astillah, 14, dari Hulu Klang.

Manakala peserta yang sering mendapat pujian, Wani (Syazwani Sapari, 10, Petaling Jaya), Aiman (Mohammad Aiman Azli Aziz, 14, Semenyih) dan Qistina (Qistina Amira Rohaizad, 13, Seremban), belum berpeluang meraih kejayaan seperti yang lain meskipun turut mempamerkan persembahan yang membanggakan.

Justeru, persaingan untuk menjadi juara mingguan setiap minggu semakin sengit. Hanya vokal dan persembahan yang paling menyerlah saja mampu memikat hati juri. Menerusi konsert minggu kelima ini, penyanyi terkenal Farah Asyikin akan bertindak sebagai Ikon Bintang yang bertanggungjawab melatih enam bakat muda ini.

Bagaimana agaknya Farah Asyikin memainkan peranannya sebagai Ikon Bintang? Apakah dia berjaya menggali keunikan yang ada pada peserta? Apa yang pasti, Farah menggunakan pendekatan kasih sayang dalam membimbing peserta Kamilah Bintang. Pelbagai teknik diajarkan kepada mereka dan ia disampaikan dengan cukup menarik.

Ketika latihan, Aiman disuruh menyanyikan lagu sambil memandang tepat ke mata Farah untuk membantu Aiman mendapatkan feel memandangkan nyanyian Aiman minggu sebelum ini dikritik sebagai pancit oleh juri profesional.

Seperti biasa, setiap minggu genre lagu yang dipilih adalah berbeza. Memandangkan Farah bintang kelahiran program realiti, bermakna pentas Kamilah Bintang juga bakal bergema dengan lagu-lagu nyanyian bintang program realiti.

Selain itu, lagu tema yang dipetik dari filem box-office juga bakal jadi taruhan. Selain itu, ada peserta diberi tugasan berat menyanyikan lagu Inggeris minggu ini. Ingin tahu apakah kejutannya, jangan lupa saksikan konsert ke-5 Kamilah Bintang Jumaat ini, jam 5.30 petang di saluran Astro Ceria (Saluran 611).

Dalam menumpukan perhatian pada persembahan mingguan, peserta juga khabarnya sibuk membuat persiapan akhir.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: