Siap Sedia Gegar Pentas

17 Dec

JUALAN tiket menyaksikan konsert Gemuruh Double Trouble (DT) dua legenda rock tersohor tanah air, Search dan Wings di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang, esok (Sabtu) menerima sambutan hangat.

Penerbit Konsert, Mas Ayie Mas Omar berkata, kaunter jualan tiket mendapat sambutan menggalakkan sejak dibuka kepada orang ramai beberapa hari lalu.

“Tiket berharga RM70 laris terjual seperti pisang goreng panas. Reaksi diterima penganjur, Rye Production Sdn Bhd sangat baik. Peminat pelbagai peringkat umur nampaknya tidak sabar-sabar mahu menyaksikan kelibat Search dan Wings menggegar pentas. “Uniknya, mereka dapat menyaksikan konsert diberi sentuhan baru demi kepuasan hati peminat. Bagi kami, ini konsert penutup tirai DT terbaik yang sudah lama dinantikan peminat utara tanah air.

“Apa lebih menarik, mereka akan dihiburkan dengan 30 lagu terbaik sepanjang zaman dengan pembaharuan demi kepuasan peminat setia yang memberi sokongan melonjakkan kejayaan DT, sejak dimulakan 18 tahun lalu,” katanya. Buat masa ini, Search dan Wings sudah selesai menjalani latihan intensif empat hari di studio Iz, Wangsa Maju. Dua kumpulan berkenaan turut mengadakan latihan masing-masing.

“Kehadiran semula pemain dram, Yazit bersama Search memberi semangat baru kepada setiap anggota kumpulan. Apa yang dapat diperkatakan, konsert Gemuruh DT pasti meninggalkan kenangan sukar dilupakan. “Sebelum ini, kami banyak menerima permintaan supaya dua kumpulan ini dapat menemui peminat sekitar Perak, Kedah, Perlis termasuk Pulau Pinang sendiri,” katanya.

Kata Ayie, pihaknya berterima kasih pada penaja syarikat telekomunikasi, DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) bersama beberapa penaja korporat lain yang tampil memberi sokongan menjayakan konsert.

“Kami berharap, penajaan diterima mencetuskan satu lonjakan baru dalam karier Search dan Wings. Saya harap konsert Gemuruh DT menjadi perintis membuka peluang kepada artis tempatan lain menerima peluang dan penajaan sama seperti mereka,” katanya. Selain Amy selaku vokal, Search menampilkan gitaris adik-beradik – Din, Kid dan Nasir (bass). Wings dianggotai Awie (vokal), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram).

Dua konsert terakhir Red On Black di Kuantan serta DT di Stadium Larkin, Johor Bahru terbukti mendapat sokongan padu peminat disaksikan lebih 20,000 peminat. Reputasi jenama Search dan Wings mencipta sejarah tersendiri berikutan kejayaan jualan platinum berkembar DT sebanyak 180,000 unit pada 1992. Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan tiket konsert Gemuruh DT di Pulau Pinang, orang ramai, boleh menghubungi wakil penganjur, Rozie Baharom di talian 019-3090760 atau Yati Rahman menerusi 012-7048344. Bagi tempahan online, orang ramai boleh melayari 1Malaysiaticket.com. Konsert Gemuruh DT Search Wings bakal berlangsung selama dua jam bermula jam 8.45 malam.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: