SOSEHSOSEH: Genre Hip Hop Belum Dijiwai?

17 Dec

BELAJAR menerima kekalahan, perkataan terbaik terhambur daripada mulut artis hip hop, Joe Flizzow selepas tersingkir pada separuh akhir ketiga Anugerah Juara Lagu (AJL) 25, baru-baru ini.

Peluang bertemu dengannya ketika Showdown 2011 baru-baru ini, SS dapat tahu dia dapat menerima hakikat genre hip hop sesuatu yang asing di negara ini.

Sebagai artis hip hop tunggal bersaing pada AJL25, dia akur dan menganggap perjalanan genre itu masih jauh. Malah, pandangan serta mentaliti sesetengah pihak dalam penganjuran anugerah berprestij berbeza satu sama lain.

Baginya, kehadiran julung kali pada separuh akhir AJL25 ibarat ‘seorang kerdil mengetuk pintu orang lain yang lebih besar’.

Menurut Joe, genre hip hop dilihat sukar diterima apatah lagi ramai orang industri melihat persembahannya tidak ubah seperti pertandingan ‘singing vs rapping’.

Apapun, SS memuji dia pamer kematangan serta sikap profesional dan idea masa depan mahu disuntiknya demi merancakkan AJL. Dalam nada positif, Joe tidak menyalahkan kemunculan artis Indie atau sukatan penilaian AJL. Katanya, masih ramai belum memahami kekuatan dimiliki hip hop. SS difahamkan, genre hip hop cabang seni terpinggir kerana artis tidak bermain instrumen muzik serta menyanyi sebaliknya menekan butang sana-sini menghasilkan muzik iringan. Lebih menarik, Joe mencadangkan supaya penilaian pemarkahan penentuan artis bertanding diperluaskan dengan mengambil juri negara rantau Asean. Hujah Joe? Pendekatan akan memberi banyak dimensi kepada pembangunan muzik tempatan. SS terkejut, bila dengar Joe menyatakan dia tidak akan menyertai AJL lagi andai penilaian sedia ada tidak diubah. Baginya, menilai seni hip hop sesuatu yang ‘payah’ jika tidak ada jiwa

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: