SOSEHSOSEH: Umum Nikah Tapi Tiada Calon

17 Dec

JIKA dilihat pada paras rupa, orangnya dikategori kacak dan bergaya. Apatah lagi status selebriti dan populariti yang dikecapi rasanya tidak mempunyai masalah untuk pikat mana-mana gadis atau wanita.

SS sendiri kagum dengan perwatakan yang dibawa artis ini yang boleh dikatakan sentiasa ‘cool’ dan jarang sekali mencetuskan kontroversi yang bukan-bukan. Malah, apa yang membuatkan SS dan orang lain kagum bila ketika artis ini bercakap, apa yang diucapkan seperti dalam suasana romantis.

SS bukanlah menyimpan perasaan terhadapnya, tetapi telahan SS, sudah tentu artis ini mempunyai ramai yang mahu jadi teman wanitanya. SS fikir lebih baik namanya dirahsiakan agar kehidupan peribadinya masih tidak diganggu peminat. Apa yang ingin SS sampaikan sebenarnya artis ini menyatakan masih mencari calon yang sesuai.

Apa yang membuat SS tertarik bila artis ini berhasrat mahu menamatkan zaman bujangnya tahun depan. Namun, bila rakan SS ‘cucuk’ lagi soalan bersifat peribadi, dia mengakui masih belum mempunyai kekasih hati.

Hairan pula SS mendengarnya. SS tertanya sama ada boleh percaya atau tidak apa yang diluahkan artis ini. Mungkin ada benarnya bila dia menyatakan lelaki sepertinya yang asyik sibuk dengan kerja sukar meluangkan masa untuk berpacaran.

Akhirnya, dia sendiri tercari-cari dan berharap agar bertemu jodoh dalam jangka masa singkat. SS sendiri memberi sokongan dan mendoakan agar impian itu menjadi kenyataan.

Pada SS, lebih baik mendirikan rumah tangga secepat mungkin daripada berpacaran hingga terus bergelumang dengan dosa. Seperti artis ini, dia dianggap sudah layak bergelar suami kerana usia dan kemampuan pada aspek wang ringgit.

SS harap, artis lain juga dapat membuat keputusan bijak untuk menentukan masa depan. Bagi mereka yang keliru soal hidup sebagai suami isteri, lebih baik bertanya daripada mereka yang berpengalaman.

Pesan SS pada artis ini, jangan lupa layangkan kad jemputan pada pihak media nanti. Bukan apa, sekurang-kurang berita baik ini dapat dikongsi dan ditatap peminatnya sebagai kenangan manis.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: