Brangelina Rancang Kahwin Tahun Depan

18 Dec

LOS ANGELES 17 Dis. – Pasangan romantik terkenal Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pit merancang melangsungkan perkahwinan mereka mengikut adat istiadat Hindu pada tahun depan.

Menurut akhbar Hindustani Times, pasangan tersebut yang membesarkan enam orang anak bersama dilaporkan akan mengadakan majlis perkahwinan mereka pada Hari Kekasih di sebuah pusat perubatan tradisional terpencil India di Adhyatm Vigyan Satsang Kendra, di Jodhpur, barat laut India.

Jolie, 35 dan Pitt, 46, mendalami agama Hindu daripada seorang ketua sami, Siddh Guru Ramlal Siyag dan mereka mengikuti kelas yoga bersamanya sejak beberapa tahun lalu.

Pitt pernah berkahwin dengan pelakon Jennifer Aniston, manakala Jolie sebelum ini pernah berkahwin dengan Jonny Lee Miller (1996-1999) dan Billy Bob Thornton (2000-2003). – AGENSI

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: