Kehangatan Sudah Dirasai

18 Dec

DEBARAN Konsert Gemuruh Double Trouble (DT) pastinya amat dirasai ribuan peminat dua gergasi rock, Wings dan Search apabila kehangatannya bakal melanda Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam ini.

Kemuncak konsert yang digegarkan oleh Digi, pastinya pilihan yang lebih bijak untuk hampir 15,000 penonton dan tidak mustahil mungkin lebih akan membanjiri tapak berkenaan seawal mungkin.

Hasrat dan impian itu tidak mustahil apabila ratusan peminat Search dan Wings hadir ketika majlis ramah mesra di Kompleks The Summit, Bukit Mertajam, Seberang Prai Tengah (SPT) kelmarin.

Sambutan dan teriakan nama kedua-dua vokalis utama, Amy dan Awie membingitkan ruang legar kompleks apabila ratusan peminat tidak mahu melepaskan peluang bertemu lebih awal menjelang konsert.


Ada yang tidak ketinggalan membeli tiket konsert walaupun dijual dengan harga RM70. Namun, kepuasan pastinya akan disajikan dua kumpulan rock gergasi tanah air.


Tanggal 18 Disember, bakal menjadi detik sejarah buat peminat di Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang apabila Harian Metro (HM) selaku akhbar harian nombor satu Malaysia menjadi akhbar rasmi Konsert Gemuruh DT.

Awie berkata, persediaan rapi rancak dilakukan selain melakukan penjagaan stamina dan berlatih menyanyi.

Menurutnya, kelainan dan keunikan konsert kali ini amat berbeza dengan konsert diadakan di Johor Bahru dan Kuantan kerana akan menampilkan lagu yang tidak pernah dipersembahkan sebelum ini.

“Gabungan bersama Amy Search akan menjadi bukti kekuatan konsert itu apabila puluhan ribu peminat dijangka akan membanjiri konsert itu nanti. Buktinya sudah ada, apabila gabungan peminat Wings dan Search disatukan dan pastinya peminat yang datang tidak akan kecewa.

“Bukan itu saja, ribuan terima kasih dan penghargaan buat Hotel The Summit, Bukit Mertajam kerana sudi menyediakan juadah istimewa ketika majlis ramah mesra bersama peminat Search dan Wings,” katanya.

Kesungguhan melihat peminat membanjiri konsert turut disokong vokalis Search, Amy apabila mengharapkan kejutan berlaku pada malam konsert itu nanti.

Amy berkata, kehangatan konsert akan dijalinkan apabila peminat sama-sama melayan alunan muzik kedua-dua gergasi rock selain paduan vokalnya bersama Awie menjadi sandaran kerancakan konsert itu nanti.

“Bukan itu saja, persembahan solo gitaris utama Search dan Wings iaitu Kid dan Joe selain ketukan berhantu pemain dram, Yazid serta Black menjadi hadiah buat peminat semua.

“Apa yang pasti, ribuan peminat yang datang pastinya akan teruja dan berpuas hati dengan konsert selama dua setengah jam itu dan akan meninggalkan kenangan abadi,” katanya.

Selaku penganjur utama, Pe

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: