Skandalism Bukti Kemampuan Di Bidang Nyanyian

18 Dec

BERMULA sebagai ahli kelab peminat setia kumpulan indie terkenal Hujan yang dikenali sebagai Raingers, SuperSyazwan ketika itu diberi tugas untuk menyelaras dan mengendalikan produk cenderamata keluaran kumpulan tersebut.

Keakrabannya dengan salah seorang anggota kumpulan itu iaitu AG Coco, membolehkan SuperSyazwan mengenali dengan lebih dalam bidang muzik yang diminatinya sejak dari kecil lagi.

Tambah menarik, AG merupakan individu yang bergiat aktif sebagai penulis lagu dan lirik beberapa buah kumpulan muzik tanah air selain Hujan.

Ujar SuperSyazwan, peluang berkawan dengan AG digunakan sebaik mungkin untuk memulakan langkahnya dalam industri muzik tempatan.

“Saya cukup meminati muzik dan suka menyanyi. Saya gunakan peluang bersama AG untuk belajar mencipta lagu dan menulis lirik.

“Hasilnya, kini saya telah mengeluarkan sebuah single berjudul Skandalism,” tutur SuperSyazwan yang juga seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu.

Mengulas lanjut mengenai singlenya, dia memberitahu, lirik lagu tersebut dihasilkan bersama dengan anggota kumpulan Psychopath iaitu Miaz sementara lagunya pula digubah oleh SuperSyazwan sendiri.

Lagu irama rock moden itu mengisahkan dilema lelaki dalam memilih pasangan hidup disebabkan ramai teman wanita.

Katanya, lagu tersebut sudah pun dimainkan di beberapa stesen radio tempatan seperti Hot FM dan X FM.

Sementara itu, dia juga bakal merakamkan singlenya yang kedua tidak beberapa lama lagi yang bertajuk Dah Ku Kata Jangan.

Istimewanya, lagu tersebut adalah paduan suara bersama abang kepada Noh Hujan iaitu Muzzy.

“Lagu duet ini akan dimuatkan dalam album saya yang bakal diterbitkan pada tahun hadapan.

“Buat masa sekarang, empat buah lagu dah dirakamkan. Kemungkinan album saya nanti akan memuatkan lima atau enam buah lagu.

“Saya terbitkan album ini dengan duit sendiri dan amat berpuas hati dengan hasil kerja saya,” kata SuperSyazwan yang selesa untuk bergerak secara indie.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: