SuperSyazwan Tidak Tiru Faizal

18 Dec

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar ZAKARIA IDRIS

MENGGUNAKAN SuperSyazwan sebagai nama komersialnya, anak muda berusia 20 tahun ini menafikan dirinya meniru gaya artis yang sinonim dengan gelaran Superman Malaysia, Faizal Tahir.

Dilahirkan sebagi anak jati Kuala Lumpur dengan nama Muhammad Syazwan Mohd. Fauzi, dia sedikit pun tidak berniat untuk meniru gaya artis yang popular dengan lagu Kasih Tercipta itu.

Walaupun memperjuangkan genre muzik yang hampir sama dengan penyanyi itu, SuperSyazwan menjelaskan, perkataan Super itu membawa maksudnya yang tersendiri.

Katanya, perkataan Inggeris itu membawa erti yang cukup banyak dan segalanya menjurus kepada kesempurnaan.

‘Jadi, sebagai manusia, saya pentingkan kesempurnaan dalam setiap yang saya lakukan termasuklah dalam bidang nyanyian.

‘Bukan saya seorang sahaja, saya pasti semua orang sukakan kesempurnaan. Dari situlah datangnya idea saya untuk meletakkan perkataan Super di hadapan nama saya,’ cerita SuperSyazwan menjawab spekulasi yang timbul mengenai nama komersialnya itu.

Bagi SuperSyazwan, Faizal merupakan idolanya kerana gaya muziknya yang tersendiri.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: