Watak Baru The Dark Knight Rises

18 Dec

PENGARAH hebat, Christopher Nolan seboleh-bolehnya mahu merahsiakan plot dan watak dalam filem susulan Batman terbaru, The Dark Knight Rises.

Walaupun sudah diasak berkali-kali oleh pihak media untuk berkongsi cerita tentang filem yang cukup dinanti-nantikan, Nolan tetap dengan pendiriannya untuk terus mengunci mulut.

Namun, sampai bila rahsia itu akan tersimpan rapi kerana akhirnya ia akan terbongkar jua.

Baru-baru ini, skrip tulisan Nolan untuk filem tersebut telah dibocorkan oleh pihak tertentu sekali gus menjawab segala spekulasi yang berlegar selama ini.

Seperti mana yang tercatat dalam skrip tersebut, Nolan sudah pun menyenaraikan empat watak antagonis yang pastinya menjadikan The Dark Knight Rises sebuah filem hebat.

Watak-watak antagonis yang akan ditampilkan dalam filem itu adalah Dr. Hugo Strange, Black Mask, Talia al Ghul dan Killer Croc.

“Bukan itu sahaja, dua watak baru juga akan muncul dalam filem itu nanti iaitu Sarah Essen dan Harvey Bullock. Watak antagonis utama ialah Dr. Hugo Strange.

“Black Mask pula akan menggantikan Salvatore Ramoni yang kemudiannya mengupah Killer Croc menjadi pembantunya untuk menghancurkan Batman.

“Sementara itu Thalia al Ghul pula mahu membalas dendam terhadap Bruce Wayne,” demikian catatan yang terkandung dalam skrip tersebut.

Setakat ini, hanya seorang aktor sahaja yang telah disebut-sebut akan membawakan watak Black Mask iaitu Tom Hardy yang sebelum ini membintangi filem Inception juga arahan Nolan.

The Dark Knight Rises akan menemui penonton pada 20 Julai 2012 dengan mengekalkan Christian Bale sebagai Batman dan Bruce Wayne.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: