Apa Cerita Sebenar Kes Zizan Ni?

19 Dec

Isu ini timbul kerana penerbit MTM2 mendedahkan perkara-perkara sulit ketika proses mereka untuk mendapatkan khidmat Zizan bagi MTM2. Itu isu yang utama.

Tapi apabila Aquila Emas letak bayaran Zizan RM40,000 dengan alasan untuk sengaja menolak tawaran penerbit MTM2, orang melihat Aquila Emas tak profesional?

Bukan kami tak telus tapi penerbit MTM yang tak profesional. Macam kami di Aquila Emas, ada 12 artis yang kami urus. Tetapi mereka sendiri pun tak tahu berapa bayaran di kalangan mereka. Macam Zizan tak tahu berapa bayaran Zed Zaidi yang kami letak. Penerbit MTM2 tak perlu dedah isu bayaran ni kepada umum. Kami rasa kecewa sangat apabila perkara yang dibincangkan diumum kepada khalayak.

“Ini mesej kepada” penerbit MTM2!

TAK habis-habis lagi cerita pasal teater di negara kita. Nampaknya makin cacamarba. Itulah nak sangat ambil pelakon popular sebagai pelakon utama teater. Dah macam-macam masalah timbul. Terbaru, pasal isu pelakon Zizan Nin tidak ditawarkan menyertai pementasan teater Muzikal Tun Mahathir musim kedua (MTM2).

Semuanya bermula selepas syarikat pengurusannya, Aquila Emas Sdn. Bhd. (Aquila Emas) dikatakan menuntut bayaran yang tidak munasabah iaitu sebanyak RM40,000 untuk melakonkan watak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mula-mula ramai jugalah yang terkejut badak bila

dengar bayaran RM40,000. Dah macam buat bisnes kelas F pula.

Tetapi bila duduk berbual dengan Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Isa, dia kata, alasan pihaknya meminta bayaran setinggi itu kerana mahu menolak tawaran itu atas beberapa sebab.

Macam tu pula? Jelas Syarizan kepada wartawan, ARIF NIZAM ABDULLAH dan jurugambar, WAHIDAH ZAINAL, dia sebenarnya hendak memberi mesej kepada penerbit MTM2 itu.

Apa mesej yang dia hendak sampaikan, jom kita

dengar penjelasannya yang kecewa dengan sikap penerbit yang tidak tahu menghargai komitmen dan sumbangan Zizan selama ini.

Kenapa Aquila Emas tak berjumpa penerbit MTM2 dan bagi alasan yang lebih ‘selamat’ seperti jadual Zizan dah penuh?

Saya memang boleh bagi jawapan selamat tapi saya nak bagi mesej kepada seorang penerbit berpengalaman yang menerbitkan pementasan sebuah teater berprofil tinggi. Di mata masyarakat, mereka lihat MTM2 satu pementasan hebat, tak masuk lagi soal tajaan besar. Kalau ini bukan teater Tun Mahathir, saya pun tak sampai tahap ini. Sesiapa yang terlibat dalam MTM2, perlu dapat habuan yang setimpal. Sebenarnya saya dua kali jumpa penerbit. Perjumpaan itu bagi melihatkan sama ada jadual Zizan ganggu tak MTM2.

Habis tu macam mana timbul isu bayaran RM40,000?

Dalam perbincangan dengan penerbit, saya tekankan bahawa tawaran untuk MTM2 sila masukkan dalam kontrak Zizan bukan sahaja terlibat dalam pementasan tapi juga termasuk apa juga barangan, imej atau suara Zizan yang ingin dijual agar dirangkum dalam kontrak yang sama. Saya dan Zizan terkejut kerana MTM pertama tanpa kita dimaklumkan di mana tak termasuk dalam kontrak awal, CD MTM dijual. Saya pun kena beli CD tu malah banting dan buku program pun dijual. Bila dijual ada pendapatan di situ dan sudah tentu artis nak royalti mereka. Tapi kami tak nak timbul isu yang boleh kami tuntut itu. Justeru, bila saya kata masukkan semua itu mestilah tawaran MTM2 lebih daripada yang pertama.

Masa tu dah sebut ke bayaran RM40,000?

Kami tak sebut apa-apa bayaran dan tak demand pun. Saya cuma tekan pasal kontrak baru sahaja. Kami fikir biarlah Zizan diberi kontrak yang munasabah. Penerbit pun akui masa sidang media dia pilih pelakon bukan berdasarkan populariti tapi berdasar karisma kredibiliti pelakon itu. Sehari sebelum sidang media barisan pelakon MTM2, saya dapat SMS dari penerbit, bajet untuk Zizan adalah RM12,000. Saya sebenarnya malu nak cakap bayaran ni tapi bila penerbit dah dedahkan kepada media, yang dia bagi bayaran kurang RM3,000 daripada MTM pertama. Jadi orang asyik tanya, RM3,000 kurang daripada RM40,000 yang saya minta ke? Tapi saya nak jelaskan RM3,000 daripada bayaran RM15,000.

Masa tu ada buat tawaran balas RM40,000 ke?

Jadi bila dapat SMS bayaran RM12,000, macam mana saya nak terima kerana ia tak berpatutan yang kami jangkakan. Ini bukan lagi berpatutan tapi dikurangkan lagi daripada MTM pertama. Secara umum, bila buat projek bisnes kali kedua dan ketiga, dah ada keuntungan. Jadi bila untung, adakah salah bagi lebih kepada mereka yang terlibat? Bila dapat SMS tu, dalam hati saya fikir penerbit langsung tak ambil kira pasal kontrak baru. Kedua, penerbit tak tahu menilai komitmen Zizan dan hargai sumbangan Zizan sebelum ni. Kalau penerbit dah letak bayaran macam tu, untuk apa nak bincang lagi kerana Zizan pun bukan pertama kali nak sertai MTM dan dia dah buktikan komitmen tinggi.

Bila dapat bayaran RM12,000, Syarizan minta terus RM40,000?

Tak, saya SMS balik kata saya rasa tak dapat terima tawaran itu kerana di luar jangkaan saya. Mungkin Zizan akan serta projek akan datang dan bukan kali ini. Itu sahaja sebab saya rasa dah malu nak berunding lagi. Adakah perlu gadai maruah saya dan Zizan untuk melutut kepada penerbit? Tak perlulah sampai tahap macam tu. Saya cakap elok-elok dan penerbit SMS balik berapa saya punya anggaran bayaran. Waktu tu, saya dah tiada niat pun nak libat Zizan lagi dalam MTM2. Bila penerbit nak tahu juga anggaran saya, saya terus letak bayaran RM40,000.

Maksudnya bayaran RM40,000 itu secara spontan?

Spontan RM40,000 kerana saya tahu penerbit tak akan mampu bayar. Sebab kalau saya letak RM20,000, seolah saya letak diri saya melutut kepada penerbit. Saya tahu dia boleh bayar RM20,000 tapi bagi saya jumlah RM40,000, saya yakin penerbit tak boleh bayar. Sama ada saya yakin dia boleh bayar atau yakin dia tak boleh bayar. Itu sahaja. Sama ada dia boleh atau dia tak mahu bayar.

Bila tengok pada isu tawar-menawar ni, RM12,000, RM15,000 dan RM40,000, kita boleh lihat bahawa teater ni sudah terlampau dikomersialkan?

Bukankah itu tujuan penerbit untuk komersial teater? Berapa ramai orang tengok teater di KL Pac, Actor Studio berbanding di Istana Budaya (IB)? IB merupakan satu pentas teater bertaraf antarabangsa yang diilham Tun Mahathir sendiri untuk penggiat teater berkarya sekali gus memartabatkan teater itu sendiri. Dulu orang anggap teater bidang seni yang tak untung. Justeru, jangan salah anggap bila teater itu nak dikomersialkan. Penerbit pun juga guna jenama Mahathir itu sendiri itu untuk perniagaannya.

Bila timbul isu bayaran tinggi antara Aquila Emas dan penerbit MTM2, yang jadi mangsa Zizan. Sekarang kesannya memberi imej buruk kepada Zizan seolah-olah pelakon letak harga mahal?

Betul, tapi kesan tu sementara dan bukan berpanjangan. Sebab itu kami di Aquila Emas buat sidang media untuk jelas perkara sebenar. Isu ni sepatutnya tak timbul jika penerbit tak dedah perkara ini. Sekarang kita dah dengar orang di luar sana mempertikaikan tak kan banyak ni sahaja jumlah yang Zizan dapat untuk pementasan yang hebat.

Agak-agak lepas ni penerbit lain takut tak nak berurusan dengan Aquila Emas pada masa akan datang? Mana tahu Aquila Emas letak lagi bayaran RM40,000 untuk artis lain?

Sebenarnya isu tu tak timbul kerana apa yang kami buat di Aquila Emas ketika berurusan umpama orang tengah antara artis dan penerbit. Dalam perjuangkan kebajikan artis, kita pada masa akan pastikan penerbit akan dapat khidmat terbaik supaya projek yang menggunakan artis Aquila Emas tidak menghadapi masalah. Ini jaminan kami dan kamu mahu situasi menang-menang.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: