Jeling Kak Pora: Shahir Pula Mula Buat Hal?

19 Dec

KEBELAKANGAN ini, Kak Pora sudah mendengar pelbagai versi mengenai juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir. Ikutkan hati, Kak Pora malas nak ambil pot. Teman sepejabat Kak Pora sendiri pun tengah berusaha untuk mendapatkannya dalam satu sesi fotografi.

Iyalah, orang nak kasi publisiti, ada pula yang ambil sambil lewa. Tambah pula, Shahir antara finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 yang mempertandingkan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan Edry Abdul Halim. Malah, Shahir juga antara calon ‘panas’ yang disebut untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.
Kak Pora sendiri pun tak faham kenapa Shahir berkelakuan sedemikian. Yang lebih kronik, Kak Pora dapat tahu pihak pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd pun sudah tak mampu berbuat apa-apa. SMS atau panggilan yang dibuat kepadanya pun belum tentu akan berbalas.
Kali terakhir teman Kak Pora membuat sesi fotografi bersama Shahir ialah ketika menggandingkannya dengan Rozita Che Wan untuk muka depan B’POP. Sekarang nak dapatkannya lagi, kirim salah sajalah. Malah, ada teman wartawan majalah pun sudah tak kuasa dengan perangai Shahir.

Macam contoh sebuah majalah hiburan mingguan popular ini, Shahir pada mulanya sudah mengesahkan akan hadir ke sesi fotografi yang ditetapkan. Tiba-tiba pada hari fotografi, selamba menghantar SMS memberitahu yang dirinya tidak sihat.

Lucunya, pada malam sebelum hari fotografi terbabit, Shahir difahamkan boleh melepak sampai tiga pagi dengan kawannya di Sunway, Subang. Lebih menyakitkan hati teman wartawan itu, dia ada terdengar yang Shahir tak nak membuat publisiti buta-buta tanpa dibayar.

Wah! Kau ingat kau itu siapa Shahir? Jangan nak feeling sangatlah sampai nak meminta dibayar. Setahu Kak Pora, di negara kita, fotografi yang dilakukan tidak pernah meletakkan sebarang bayaran. Semuanya atas situasi menang-menang. Kita pihak media membantu artis menerima publisiti yang sewajarnya.

Yang lebih kasihan, Kak Pora dapat tahu, ada seorang wartawan sebuah majalah hiburan edisi bulanan, sudah menetapkan fotografi dengan Shahir sebelum berlangsungnya sidang media AJL-25 Rabu lalu. Alih-alih, bayang Shahir pun tak nampak. Bak kata orang, MIA (Missing In Action).

Kenapa Shahir berubah jadi begini? Kalau tak nak jadi artis, kenapa masuk AF8? Sikap Shahir pun sekarang dikatakan tidak lagi seperti sewaktu awal kemunculannya ketika menyertai kumpulan nasyid Saujana. Kak Pora pun tak suka nak menjatuhkan hukum tanpa usul periksa dan harapnya ada jalan penyelesaian untuk masalah ini.

Kalau ada masalah, bawa berbincang dengan pihak pengurusan. Dia berbakat dan ada ramai peminat. Jangan persiakan sokongan peminat selama ini. Kita hidup di dunia ini pun sementara. Kalau tak nak jadi artis, bersara sajalah macam Rozita Che Wan. Tak baik tau menyusahkan orang.

KAK PORA: Selamat jalan diucapkan kepada teman wartawan, Saharudin Mohd Musthafa yang hari ini akan bertolak ke Jakarta demi tugasnya sebagai koresponden akhbar yang diwakilinya di sana.

Bintang Pop

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: