MTM2 Hilang Seri Tanpa Erra

19 Dec

Sayang, sayang, sayang! Itulah perkataan pertama apabila mengetahui pelakon asal Muzikal Tun Mahathir (MTM) musim pertama iaitu Erra Fazira dan Zizan Nin tidak terlibat untuk pementasan musim kedua.

Rasanya masih belum puas untuk melihat mereka namun apakan daya tiada rezeki nampaknya.

Saya cukup teruja apabila dikhabarkan MTM bakal dipentaskan semula tetapi sedikit kecewa apabila Erra Fazira dan Zizan Nin tidak terlibat lagi.

Biar apapun spekulasi yang dikatakan, saya rasa MTM2 seperti hilang ‘seri’ apabila ketiadaan Erra Fazira .

Saya percaya mungkin kerana Erra terikat dengan komitmen lain hingga dapat terlibat dalam pementasan kali ini.

Saya juga tidak percaya andai kata artikel yang mengatakan Erra ‘malu’ dengan skrip dan jalan cerita itu menjadi syarat untuk dia tidak menerimanya MTM2.

Hakikatnya saya melihat Erra begitu bersungguh-sungguh semasa berlakon MTM musim pertama.

Janganlah hanya kerana Erra tidak terlibat dalam MTM2, ada pula tuduhan yang tidak berasaskan diadakan. Soal bayaran yang melibatkan Zizan Nin itu terpulang kepada pengurusan masing-masing.

Akhir kata, biar siapa pun pengganti Erra dan Zizan Nin, saya tetap merindui watak Tun Dr Siti Hasmah yang dilakonkan Erra.

Paling tidak dapat dilupakan babak semasa Tun Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah muda sentiasa segar dalam ingatan. Agak- agak boleh tak VCD kan teater MTM pertama? Saya suka lagu nyanyian Erra dan Zizan.

Ikhlas Nur Kasih,

Selangor.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: