Pasang Peguam Elak Dicerca

19 Dec

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto JEFFRI IRAN
Solekan ZUL BASTARI (012-3812671)
Busana PUTRA AZIZ COLLECTION (012-3856606)


Bertindak tegas kerana kesabarannya sudah diuji oleh mamat berkenaan.

PELAKON Faezah Elai nekad untuk menggunakan saluran perundangan untuk menghalang pelakon Azad Jazmin, 34 daripada terus memperkatakan tentang dirinya. Itu sahaja cara paling baik untuk menyelamatkan maruah diri dan keluarga dari terus diheret lagi dengan pelbagai kontroversi. Juga sebagai kaedah untuk menutup mulut lelaki berkenaan dari terus memburukkan namanya.

‘Saya tidak punya pilihan selain mengunakan peruntukan dalam undang-undang. Ia lebih selamat dan adil buat orang yang teraniaya seperti saya. Sebagai wanita biasa, saya tidak cukup kuat berdepan dengan situasi sebegini.

‘Atas nasihat keluarga, saya mengambil keputusan melantik peguam. Sebabnya, saya memang serius dengan isu ini. Tambahan pula, keadaan bertambah buruk sekarang ini. Jadi saya perlu ada perisai untuk menjaga nama keluarga dari terus tercemar,’ ceritanya tentang cara untuk menutup mulut pelakon filem Ngangkung tersebut.

Sebelum ini tercetus kontroversi mengenai Faezah yang dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan seorang pengarah drama, Heykal Hanifah, 37. Gosip itu dikatakan dibuat oleh Azad.

Heroin drama Asmara ini memberitahu, sepucuk surat tuntutan telah pun dihantar oleh peguamnya, Rose Maria Mansor melalui syarikat guaman Malek & Associates kepada Azad Jazmin John Loius Jefri, pada 17 Disember lalu.

Antara intipati surat tersebut menuntut Azad untuk tidak membuat sebarang kenyataan terhadap Faezah dan mana-mana dari ahli keluarga.

Selain itu, Azad dilarang dari terus menghubungi Faezah atau ahli keluarganya menggunakan apa bentuk pengantara sama ada menerusi Internet, telefon, e-mel atau laman web sosial.

Sekiranya Azad gagal mematuhi tuntutan yang dibuat, bermakna dia akan mengambil tindakan undang-undang.

‘Hampir setahun saya berdiam diri, enggan mengeluarkan sebarang kenyataan. Malangnya, semakin lama saya mengunci mulut, dia tak berhenti cakap pula. Kalau cakap yang disusuli dengan bukti, lainlah ceritanya,’ katanya tanpa berselindung. Wanita berusia 28 tahun ini mengakui bahawa dia cukup tertekan dengan keadaan sebegitu apabila ada pihak yang menuding jari, menyalahkan dirinya sebagai punca kemelut berkenaan.

Ditanya mengenai hubungan sebenar mereka berdua selepas Azad menghebahkan pengakuan dia pernah berkasih sama, reaksi Faezah terus berubah.

‘Saya tidak pernah sekali pun berkasih dengan dia. Tapi apabila dia mengakui bekas kekasih saya, terus saya tertanda-tanya. Bila pula saya bercinta dengannya. Tolonglah jangan bercakap pusing-pusing,’ gerutu Faezah.

Berulang kali juga peminat bintang Megan Fox ini mengatakan bahawa dia tidak memerlukan publisiti murahan untuk lekas dikenali. Cukuplah sekadar cerita mengenai karier seninya tersebar.

Pada masa yang sama, pemain utama telefilem Miah Oh Miah ini berazam untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan sebarang kontroversi lagi pada tahun depan.

Katanya, perkara tersebut cukup meletihkan kerana perlu bersemuka satu persatu dengan pihak media untuk menerangkan duduk perkara sebenar.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: