Pulangkan Duit Kami!

19 Dec

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto ZAKI JILAN


Sijil penghargaan dan surat dari pihak Finas adalah bukti pengarah ini merangkul Anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Dokumentari Malaysia pada 16 Oktober lalu.

Di mana-mana festival filem, sama ada dalam atau luar negara, pemenang anugerah individu akan menerima hadiah, tidak kira sama ada trofi atau wang tunai hasil kemenangannya. Pihak penerbit tidak berhak atas kemenangan individu, sebaliknya hanya berhak atas kemenangan filem atau drama yang dianugerahkan terbaik.

Malah di mana-mana festival juga, untuk kategori individu, yang naik ke pentas menerima trofi adalah pemenangnya bukan penerbit. Tetapi pada Festival Filem Dokumentari Malaysia tidak lama dulu, ada pemenang individu bukan sahaja tidak naik ke pentas malah tidak diundang ke majlis berkenaan.

Ini adalah antara sekian banyak perkara pelik lagi aneh yang berlaku dalam festival tempatan. Lebih teruk lagi hadiah wang tunai tidak sampai ke tangan pemenang walaupun selepas dua bulan festival berlangsung.

Di mana sangkutnya hadiah wang tunai itu? Masih di tangan penganjur festival, di tangan penerbit atau sememangnya penerbit menganggap itu hak mereka, bukannya pemenang?

Ini dialami sendiri oleh pengarah filem dokumentari, Johari Hamid, 45, yang memenangi Anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Dokumentari Malaysia pada 16 Oktober lalu. Dia mendakwa masih menerima hadiah wang RM3,000 dan trofi walaupun festival itu sudah lama berlalu.

Johari memenangi kategori itu menerusi dokumentari Laskar Senoi yang disiarkan dalam slot Suatu Ketika di Astro Prima.

Johari yang berpengalaman selama 25 tahun dalam dunia pengarahan itu merasa sangat hairan dan pelik dengan tindakan Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB) yang melengahkan penyerahan wang tersebut, walaupun berulang kali perkara tersebut ditanyakan.

“Saya tertanya-tanya takkanlah mengambil masa terlalu lama untuk memulangkan wang saya itu. Kalau beralasan mahu tunaikan cek tersebut, kenapa sampai dua bulan lamanya. Kalau pun ada masalah, tolonglah beritahu. Telefon atau apa sahaja. Mereka tahu cara untuk menghubungi saya,” kata Johari ketika ditemui di kediamannya Taman Seraya, Ampang, Selasa lalu.

Johari yang sebelum ini menjadi penolong Pengarah berpuluh drama antaranya Kabus dan Sinar, Kitab Rindu Terindah dan Usia ini juga pernah bertanyakan bekas majikannya, anak syarikat Astro, Firdaus Maju Production (FMP).

Jawapannya mendukacitakan apabila dia diminta mengajukan perkara itu kepada pihak Finas. Tetapi apabila tanya Finas, diberitahu pula bayaran atas nama AESB.

“Memang sekarang saya sudah berhenti kerja dari FMP, tetapi mereka boleh menghubungi saya. Bukan saya seorang mengalami nasib ini, tiga rakan saya turut memenangi anugerah individu pada malam itu, turut menerima nasib yang sama,” katanya dengan kecewa.

Rakannya Azizan Atan menerusi Siapa Sybil, memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik. Mohd. Zaidi Husin untuk Anugerah Penyuntingan Terbaik (Sepandai Pandai Tupai Melompat) dan Skor Muzik Terbaik oleh Fatul Ghazali (Siapa Sybil).

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: