Salina Milik Erra Fazira?

19 Dec

Ooo… tak baik tak cakap dengan Joyah ya. Rupanya dalam senyap-senyap, Istana Budaya (IB) dah ada ada calon pilihan untuk watak Salina. Kecil hati Joyah dengan Ketua Pengarah IB yang popular tu, Abang Joe. Joyah sebenarnya tak kisahlah kalau bukan Joyah yang terpilih pun.

Joyah tau ramai lagi pelakon wanita hebat di negara ni yang boleh pegang watak pelacur tu. Dengar sahaja nama barisan calon-calon Salina tu pun dah meriah dan riuh-rendah.

Siap di Internet buat undian lagi siapa yang layak pegang watak Salina tu. Rata-rata nak Vanida Imran. Tak kurang juga pilih Sofia Jane dan Umie Aida. Tapi ada juga yang nak Nur Fazura, bahkan ramai pula yang suka kalau Salina milik Fasha Sandha. Kata mereka, memang sesuai sangat!

Terbaru angin yang bertiup kencang yang sampai kepada Joyah, Salina semakin hampir dipegang, siapa lagi kalau bukan Erra Fazira.

Kata dia orang, Erra memang sesuai sebab dia pun hebat juga. Lagipun dia masih popular dan ada nama, senang sikit hendak promosi teater Salina nanti.

Jadi, adakah Erra yang berjaya jadi Salina? Joyah sendiri pun dah tak sabar nak tau ni. Joyah harap pihak IB pilihlah pelakon yang betul.

Setakat nak tarik ramai penonton datang ke IB supaya setiap malam penuh, dah tu buat gimik disambung pementasan beberapa lagi, Joyah rasa baik tak payah pentas Salina tu buat kali kedua.

Tapi kalau betullah Erra jadi Salina dan watak Abdul Fakar pula milik Hans Isaac, pasti meletup teater Salina nanti.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: