Shahir Gali "Kubur" Sendiri?

19 Dec

HUH, panas sungguh telinga Syed mendengar leteran segelintir orang industri hiburan tanah air mengenai penyanyi yang cukup hangat ini. Ramai yang cukup panas hati dengan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini. Mula-mula Syed terkejut juga mendengar kisah Shahir yang dikatakan dah mula buat perangai. Bila satu demi satu rakan-rakan wartawan bercerita hal yang sama, tak boleh jadi ni.

Kata sumber yang berapi-rapi marahkan penyanyi ini, Shahir dah mula buat macam-macam hal sampai menyusahkan orang keliling yang mahu berurusan dengan dia. ‘Kau bayangkan dia boleh cancel last minute satu fotografi baru-baru ini. Dia kata dia migrain dan sakit kepala. Tapi ada orang nampak malam sebelum tu dia melepak di Sunway Piramid sampai lewat malam.

‘Memang orang marah bila dia cancel fotografi. Tapi masih ada tolak ansur sebab dia kata dia sakit. Tu yang melepak sampai malam-malam buta tu tak apa pula? Ramai lagi yang merungut dia buat hal yang sama.

‘Itu belum lagi cerita dia tak datang sidang media Anugerah Juara Lagu baru-baru ni. Tak dapat dihubungi kaedahnya. Sampai orang TV3 pening nak cari dia.

‘Aku rasa tak lama lagi mesti dia kena singkir daripada menyertai pertandingan yang berprestij tu. Dengar cerita pihak produksi dah buat plan B kalau dia masih lagi buat perangai.

‘Sayangkan kalau dia buat macam tu tanpa sebab. Bukan senang nak cipta nama. Nak menghancurkan tak ada masalah, bila-bila masa pun boleh,’ kata sumber ini berapi-api.

Apa pula nak jadi lepas ni? Syed bukan apa, Shahir tu nampak macam orang yang baik-baik. Takkan lah dia berubah sampai begitu sekali. Macam tak percaya pun ada.

Kalau betul Shahir ada masalah, apa kata dia cerita baik-baik. Kalau buat macam ni bukankah menyusahkan orang.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: