Teropong: Perihal Remy, Tiz Zaqyah Dan Kondo Di Ampang

19 Dec

Tiz tidak menafikan berkawan rapat dengan Remy.
Tiz tidak menafikan berkawan rapat dengan Remy.
Aktres Nur Kasih akui menemani aktor popular tinjau kawasan perumahan

SEKALIPUN masih bercuti, namun setiap kali Zubir melepak di kawasan tumpuan umum, pasti ada cerita sensasi yang disampaikan ke telinga ini oleh individu yang layak dipanggil sumber. Nampaknya gosip memang tidak pernah padam dalam kepala Zubir, sudah sebati agaknya.
Ketika Zubir sedang menikmati teh tarik di sebuah restoran sekitar Ampang Point baru-baru ini, seorang pakcik menyapa dan memperkenalkan dirinya, sekali gus memberitahu dia bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah kawasan kondominium sekitar Ampang.
Kata pakcik yang mengakui dirinya pengikut setia drama bersiri popular TV3 yang pernah menempa fenomena suatu ketika dulu, Nur Kasih, dia pernah terserempak dengan dua pelakon utama drama berkenaan, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah datang bersama ke kawasan kondominium tempatnya bekerja, baru-baru ini.

Dia mendakwa, melihat Remy dan Tiz masuk ke kawasan kondominium itu dan aksi mereka seolah-olah pemilik unit kondominium di situ apabila kedua-duanya terus naik ke tingkat atas.

“Pakcik memang kenal sangat Remy dan Tiz sebab tak pernah missed tengok Nur Kasih sebelum ini. Pakcik rasa Remy dan Tiz berkongsi beli unit kondominium di situ, ataupun mereka memang ada unit masing-masing. Zubir tanyalah dia orang.

“Tapi, dia orang berdua tu, memang nak kahwin ke Zubir, iyalah sampai dah beli kondominium, seperti merancang sesuatu saja. Zubir pergilah teropong, apa cerita sebenar dia orang berdua tu,” cerita pakcik pengawal keselamatan tadi bersungguh-sungguh.

Zubir berusaha menghubungi Remy, tapi telefon bimbitnya dimatikan, namun menurut pengurusnya, Azlin Abas, aktor berkenaan ada hal. Pun begitu, SMS yang dikirimkan kepada Tiz, terus mendapat maklum balas apabila tidak sampai 15 minit kemudian, dia terus menghubungi Zubir.

“Tiz mengaku ada menemani Remy meninjau kawasan kondominium itu di sekitar Ampang, baru-baru ini. Ingat lagi, masa tu kami baru habis dubbing. Remy ajak Tiz temankan dia dan kebetulan, Tiz tumpang kereta Remy.

“Tapi, nak kata kami sama-sama beli kondominium di situ, tak adalah. Remy seorang saja yang meninjau kawasan di situ, tapi sama ada dia beli ke tak kondominium itu, Tiz tak pasti,” katanya tanpa berselindung.

Sekalipun itu jawapan selamat yang diberi, bagi Zubir secara peribadi, antara Remy, 29, dan Tiz, 22, mereka ini seperti menyimpan perasaan antara satu sama lain, namun belum bersedia berterus-terang.

Tiz juga mengaku kepada Zubir, dia dan Remy tak pernah bercinta, namun tidak menafikan kedua-duanya memang berkawan baik. Katanya lagi, Remy adalah antara kawan rapatnya ketika ini.

“Just go with the flow Abang Zubir,” kata Tiz seolah-olah merungkai sedikit persoalan hubungannya bersama Remy.

Pun begitu, sekiranya antara Remy dan Tiz, wujud api cinta, Zubir mendoakan mereka berbahagia dan hubungan itu bakal berakhir di jenjang pelamin, Insya-Allah.

ZUBIR: Apa kesudahan ‘kisah cinta’ antara Yusry KRU dan Maya Karin, seronok sekiranya mereka bersatu sebagai suami isteri.

Bintang Pop

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: