Teropong: Rozita Dengan Adik Sasha Saidin Pula?

19 Dec

pix_gal0
NAMPAKNYA semakin hampir pelakon cantik dan seksi, Rozita Che Wan, 37, bersara daripada dunia seni, semakin banyak gosip yang melanda dirinya.

Sebelum ini heboh orang bercakap, Rozita kononnya menjalin hubungan cinta dengan ‘pucuk muda’, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir, 22. Namun, kedua-duanya menafikan mereka bercinta, sebaliknya selesa sebagai kawan baik.
Rozita juga pernah membuat pengakuan, hatinya pernah dimiliki pemuda yang bertugas di Singapura dikenali sebagai Shah, namun dia menafikan sudah merancang berkahwin dengan pemuda berkenaan yang menjadi punca beliau bersara.
Namun, Zubir difahamkan, antara Rozita dan Shah, mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi. Terbaru, Zubir mendapat perkhabaran, Rozita kini dikatakan berkawan rapat dengan adik Sasha Saidin, bekas anggota Elite iaitu Zain Saidin juga seorang aktor baru.

Rozita dan Zain khabarnya sering berhubungan menerusi telefon dan SMS. Sekiranya perkhabaran ini benar, nampaknya memang kuat tarikan ‘besi berani’ seseorang yang bernama Rozita Che Wan apabila seorang lagi artis muda menjadi kawan baiknya selepas Shahir. Zubir pula sekadar tumpang gembira. Tapi, asyik berkawan baik saja, bila nak kahwin ni Rozita?

ZUBIR: Sentiasa berhati-hati apabila berurusan dengan artis wanita bawah umur kerana mereka belum matang.

Bintang Pop

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: