Ari Lasso Selesa Gerak Solo

20 Dec

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Ari Lasso antara nama yang cukup terkenal di Indonesia. Bekas penyanyi kumpulan Dewa 19 itu masih aktif sebagai penyanyi solo semasa nama Dewa 19 juga masih hot.

Ari pernah berantakan dengan Ahmad Dhani kerana hal peribadi mereka. Kini hubungan mereka tidak lagi keruh. Setelah Once sah keluar daripada DEwa 19, adakah kemungkinan Ari kembali bergabung dengan Dewa 19?

Semasa Mangga Online bertandang ke Jakarta baru-baru ini sempat bertemu Ari yang sedang sibuk mempromosikan single barunya, Satu Cinta yang menampilkan penyanyi Sandy Canester. Dia juga sedang menyiapkan album baru yang bakal dipasarkan tak lama lagi.

Adakah sedia untuk bergabung kembali dengan Dewa 19?

“Saya senang sekali bergerak secara solo. Untuk bergabung kembali dengan Dewa 19… jawapan saya tak mungkinlah. Tapi saya tak mahu dikata takbur sebab kita tak tahu apa yang boleh berlaku pada masa depan. Tapi kalau ada projek istimewa tanpa ada ikatan sebagai sebuah band, bagi saya ia tidak menjadi masalah.

“Setelah bergerak secara solo, saya mudah sekali berbanding perjalanan seni bersama kumpulan kerana kita tak perlu fikirkan hal orang lain,” kata Ari.

Ari, 37, mula menghasilkan album solopada tahun 2010 dengan album Sendiri Dulu. Dalam album keduanya Dhani pernah menyumbangkan lagu Rahasia Perempuan dan Jika Aku Bukanlah Aku.

Dia merakan lagu tersebut secara duet kerana mahu memberi kelianan. Perbezaan suara mereka juga memberikan warna baru kepada lagu itu.

“Suara saya keras dan suara Sandy yang lembut boleh membuatkan lagu itu kedengaran lebih teduh,” kata Ari.

Album yang bakal diterbitkan nanti adalah sebuah album mini dengan enam buah lagu yang turut memuatkan dua buah lagu lama yang pernah dipopularkannya suatu masa dulu. Dia mahu peminat baru menikmati lagu itu apabila dirakam semula.

Ari juga akaui sudah berasa rindu untuk kembali mempromosi album di Malaysia. Sekiranya albumnya dipasarkan di Malaysia nanti, bila-bila masa yang diperlukan dia bersedia untuik datang ke Malaysia lagi.

 

 

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: