Aurel Tak Abai Pelajaran… Anang

20 Dec

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Saat ini Anang selalu membawa anaknya Aurel ke mana-mana sahaja dia pergi. Masakan tidak. Aurel kini pasangan duetnya yang sedang hangat.

Single perdana mereka berjudul Tanpa Bintang sedang mendapat sambutan dan mereka kerap muncul di kaca TV saban waktu. Bagaimana dengan pelajaran anak sulung hasil pernikahannya dengan Kris Dayanti itu?

“Dia tetap bersekolah seperti rakan sebaya dia. Walaupun dah jadi penyanyi, Aurel mesti mengutamakan pelajarannya,” kata Anang saat ditemui Mangga Online pada majlis Indigo Awards 2010, Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Mangga Online dibawa oleh Tropic Jaya membuat liputan acara itu. Tropic Jaya ialah syarikat yang memasarkan banyak album artis popular Indonesia di Malaysia.

“Kalau hari bersekolah kami ada jadual persembahan di TV, saya akan meminta izin daripada pihak sekolah dahulu. Aurel tidak ponteng sekolah sebaliknya saya dapatkan kebenaran pihak sekolah.

“Stesen TV Indonesia ada acara hiburan awal pagi. Selepas tamat persembahan di TV Aurel akan ke sekolah,” jelas Anang pasal jadual anaknya sejak mula menjadi penyanyi.

Jelas Anang, penyertaan Aurel atau nama penuhnya Titania Aurelia Nur Hermansyah sebagai penyanyi bukanlah kerana kehendaknya sebaliknya keinginan anaknya sendiri.

Bila Aurel menyatakan keinginannya menjadi penyanyi, dia hanya menyokong dengan mencipta lagu untuk Aurel.

Projek duet yang dihasilkan sebagai memperkenalkan Aurel ke dunia seni. Selepas ini Aurel akan memiliki album penuh. Malah mereka sudah merakam lagu duet terbaru berjudul Dimarahi Tuhan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: