Azizulhakim Juara Detik Bersama Handycam

20 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Setelah berhadapan pelbagai cabaran dalam 10 episod Siri Realiti Detik Bersama Handycam, kejayaan akhirnya menjadi milik Mohamad Azizulhakim Mohd Salleh, 21.

Menceritakan pengalaman sepanjang berentap dalam siri realiti terbari ini, Azizulhakim bersyukur diberi peluang menonjolkan bakatnya dalam bidang videografi dan hasil karyanya dipaparkan di televisyen untuk tontonan umum.

Menerusi kejayaan ini, Azizulhakim membawa pulang hadiah bernilai RM25,000 yang berupa barangan Sony seperty Sony Handycam NEX-VG10, Sony VAIO Notebook, 40′ Full HD Bravia LCD TV dan Vegas Movie Studio Platinum Pro Pack yang bernilai lebih daripada RM15,000 termasuk wang tunai sebanyak RM10,000.

Manakala naib juara, Fazlan Adhili bin Mastafa Kamar, 21, membawa pulang hadiah bernilai hampir RM10,000 iaitu sebuah Sony Handycam serta wang tunai RM5,000.

Kedua-dua peserta telah diterbangkan ke Eropah bagi menghasilkan video paling kreatif bagi merakamkan detik-detik penting dalam kehidupan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi, program ini merupakan usaha awal yang dijalankan pihak Astro untuk mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan generasi muda. Golongan ini yang bakal mewarnai industri televisyen pada masa akan datang.

Selain itu, Mohd Zulhelmie Zullifan, 22, dan Intan Hayati Ab Aziz, 22, turut diumumkan sebagai pemenang bagi Pilihan Penonton di Rumah menerusi karya Stop Motion in Kuala Kangsar. Manakala Nur Kamar Asyikin Kamaruddin, 25 dipilih sebagai penonton bertuah yang menghantar slogan “Fungsi anti gegaran Sony Handycam membolehkan siapa sahaja menjadi seorang jurukamera profesional dan yang paling utama ia adalah satu pengalaman dalam bentuk dimensi tinggi”.

FOTO oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: