Once Bosan Dengan DEWA 19, Umum Pengunduran

20 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Suara Once hanya untuk DEWA 19. Tanpa Once, dirasakan seolah-olah DEWA 19 hilang aura. Suara itulah yang menerbitkan bulu roma tatkala berkumandang mendendangkan irama. Namun kini semuanya tinggal kenangan. Once membuat keputusan pengunduran daripada kumpulan yang dianggotainya sekian lama. Alasannya, telah jenuh atau bosan dengan DEWA 19.

Pengunduran diri ini saya sampaikan karena saya merasa telah sangat jenuh dalam menjalankan kegiatan bersama DEWA 19 dan karena alasan tertentu tidak bisa lagi memberikan yang terbaik. Selain itu saya ingin mengembangkan diri saya di luar DEWA 19.

Itulah antara isi kandungan surat yang diberikan Once kepada anggota DEWA 19 yang lainnya. ManggaOnline (MO) pasti berjuta-juta peminat band popular ini kecewa dengan pengunduran Once. MO sendiri terkejut tika dimaklumkan Ahmad Dhani berita ini. Katanya, anggota DEWA 19 yang lain menerima keputusan Once dengan tenang hati.

“Peminat di Indonesia belum mengetahui berita pengunduran Once kerana dia menghantar surat ini minggu lepas. Tiada apa yang dapat kami lakukan, hanya hadapi dengan senyuman.

“Yang pastinya tiada perselisihan faham antara kami walaupun sudah lapan bulan kami tiada sebarang komunikasi. Waktu terakhir membuat persembahan bersama pada bulan Ogos yang lepas di stesen TV SCTV. Namun anggota yang lain juga tidak merancang memujuk Once kembali kerana dia mahu keluar dengan album solo sendiri.

“Ditinggal isteri juga aku tidak sedih, inikan pula ditinggal Once (ketawa),” ujar Ahmad Dhani yang dibawa khas Astro Ria sempena Konsert Ria 2010 di i-City.

Masih dalam perancangan mencari pengganti, namun menurut Dhani, pengganti Once haruslah lebih muda dan berbakat. Tidak mahu mengambil Ari Lasso, katanya lagi, bakat muda ini haruslah seorang yang berdisiplin dalam kerjaya.

“Aku tidak mahu mengambil yang sudah berusia, kalau boleh penggantinya haruslah lebih muda. Kalau suami bercerai dengan isterinya pasti dapat teman yang lebih muda, begitu juga DEWA 19 (ketawa).

“Sudah ada perbincangan untuk mencari calonnya dan kami kamukan yang berbakat seperti Once. Namun keutamaannya haruslah beretika. Tak mahu yang harap pada bakat namun tak ada disiplin.

“Aku juga tak bisa jadi vokalis kerana suara tak cukup tinggi,” jelasnya yang akan keluar dengan album T.R.I.A.D.

Kesempatan bertemu Dhani juga digunakan sebaiknya agar jelas gosip yang tersebar luas mengenai kehilangan Mulan yang dikatakan menyembunyikan diri di Eropah kerana sedang mengandungkan anak Dhani. Namun jejaka popular ini tenang menjawab persoalan.

“Apa yang penting ingin dijelaskan, Mulan tidak berhijrah ke mana-mana. Dia sebaliknya masih ada di Jakarta. Dan aku tak mahu komen mengenai isu Mulan mengandung. Tiada apa yang boleh dibicarakan,” tuturnya.

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: