SANTAI TV Gaya Hidup Terkini

20 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Fenomena dunia kini yang semakin asyik dengan kemampuan smart phone seperti Blackberry yang mampu merungkai kebosanan dan mampu menghiburkan pengguna dengan menawarkan pelbagai hiburan setiap masa. Kini perhatian bakal dialihkan kepada kemajuan teknologi yang membolehkan pengguna melayari televisyen melalui telefon bimbit.

SANTAI TV, pelopor kepada gaya hidup terbaru dan terhebat di Malaysia kini melancarkan mobile TV yang boleh dilayari di mana sahaja atas kemahuan pengguna.

Pengerusi Eurofine Group Of Companies, Cik Rina Mohd Harun berkata, teknologi yang dibina sejak 2007 di Malaysia ini dengan kos RM2 juta berdasarkan kepada kemajuan yang telahpun bergerak pantas di seluruh dunia dan fenomena menonton di telefon bimbit menjadi kegilaan remaja.

“Kami mahu menawarkan sesuatu yang baru dan segar kepada masyarakat di luar sana terutamanya golongan remaja. Seperti yang kita tahu, telefon sekarang lebih kepada aplikasi mudah dan bukan semua mampu memiliki smart phone seperti blackberry untuk akses kepada sesuatu yang berbentuk hiburan. Kini kami menawarkan pakej hiburan dan berita yang boleh dimiliki sesiapa sahaja.

“Objektif utama adalah untuk membawakan pengalaman baru kepada pengguna telefon bimbit untuk menggunakan setiap masa yang terluang dengan melayari Santai TV yang pastinya menawarkan pelbagai program menarik seperti drama telenovela, fesyen, animasi, sukan, muzik dan live TV. Dan setiap program akan berjalan tanpa gangguan iklan dan pengguna boleh menonton pada bila-bila masa terluang.

“Dan untuk hari ini sahaja, sebanyak 500 pengguna baru telah berdaftar dengan Santai TV dan kami jangkakan dalam masa dua tahun Santai TV akan berkembang kepada dua juta pengguna.

“Santai TV juga akan keluar dengan program sendiri dan kami giat mencari bakat-bakat baru bagi merealisasikan hasrat ini. Dan akan datang pengguna boleh melihat konsert secara live menerusi telefon bimbit. Setakat ini kami satu-satunya syarikat di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan sebegini,” ujarnya yang ditemui sewaktu Majlis Pelancaran Santai TV di Boulevard Times Square baru-baru ini.

Harus diakui telefon bimbit bukanlah barangan mewah yang hanya dimiliki golongan tertentu, sebaliknya ia menjadi satu keperluan buat masa kini. Malah tidak keterlaluan jika ManggaOnline (MO) andaikan hampir setiap pelajar sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah atas keperluan mereka. Tidakkah akses kepada Santai TV yang menawarkan pelbagai program menarik sepanjang masa akan membawa kesan negatif kepada tahap tumpuan pelajar di dalam kelas? Pasti akan ada yang mengambil peluang menontonnya sewaktu di sekolah.

Namun jelas Rina, Santai TV tidak hanya menawarkan program hiburan semata-mata sebaliknya ia turut menjadi medium pendidikan sementelah tumpuan utama Santai TV adalah untuk golongan remaja. Tambahnya, program seperti kelas tambahan interaktif turut dimuatkan di dalamnya, di mana pelajar berpeluang mengikuti latihan pendidikan sama seperti tugasan sekolah yang disediakan di sekolah.

Jika anda berminat untuk melanggan Santai TV, hanya perlu melayari http://www.santai.tv melalui telefon bimbit atau hantarkan SMS : REG ST dan hantar ke 32632. Seperti contoh REG ST Ahmad 123456.

Santai TV sesuai untuk telefon bimbit jenis Iphone, Nokia, Sony Ericson, Samsung, LG, Motorola dan jenama lain yang berasas Symbian S60, Android, Window Mobile dan mempunyai fungsi streaming. Pakej yang ditawarkan bermula pada harga RM3.00 sebulan bagi setiap saluran dan RM7.00 sebulan bagi pakej penuh.

Anda juga boleh layari http://www.facebook.com/santaitvclub untuk maklumat lanjut.

MO: Nampaknya syarikat telefon bimbit terpaksa mengeluarkan telefon berskrin besar selepas ini untuk memudahkan pengguna melayari Santai TV dengan lebih selesa dan jelas.

FOTO oleh NOOR AZLINA BT JAAFAR

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: