SOSEH SOSEH: Artis Baru Perasan Hebat

20 Dec

BARU-baru ini, rakan SS ada menemubual seorang artis baru.
Hendak dikatakan si artis terlalu baru dalam industri, tidaklah kerana dia kerap juga muncul di televisyen. Apapun, kata rakan SS dia berasa kelakar dengan kenyataan dibuat artis itu.

Mengikut cerita rakan SS, artis baru itu tidak mahu terlalu kerap muncul di televisyen kerana takut penonton bosan melihat kelibatnya.

Justeru, kalau boleh dia mahu dalam setahun kemunculannya hanya sekali dua saja dapat disaksikan di TV.

Mendengarkan kenyataan yang boleh dianggap sangat berani itu, rakan SS berkata dia terus terfikir apakah si artis sudah cukup hebat pencapaiannya?


Malah, berapa banyak anugerah pernah dimenangi hingga dia berasakan diri sangat hebat?


Menurut rakan SS, dia bukan saja hilang kata-kata, tetapi fikirannya terus teringat pada kenyataan seorang artis senior yang merendah diri.

Kata artis senior itu, walaupun dia sudah lama aktif di persada hiburan tanah air, namun dia tak mampu memilih.

Inikan pula artis baru yang masih terkial-kial membina nama, sudah boleh mengeluarkan kejayaan sedemikian. Ujar rakan SS, dia sangat pelik dengan sikap artis itu. Pengalaman pun tak banyak, namun sudah tunjukkan sikap terlalu ‘bangga diri’.

Begitulah lumrah hidup manusia. Bakat belum lagi dibuktikan, tetapi berasa diri kini seolah-olah berada di puncak kejayaan.

Maka, apabila ditemubual media mulalah keluarkan kenyataan sebarang yang boleh SS katakan ‘hanya ikut sedap mulut’.

Apapun, tepuk dada tanya selera. Memang kuasa memilih dan membuat keputusan terletak sepenuhnya pada diri si artis, namun biarlah rasional. Bukan apa, manalah tahu cakap berkobar-kobar tak ingat, sampai masanya habuk pun tak ada.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: