Animasi Tumpuan ATF2010

21 Dec

Gambar dan teks oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
(Yang dijemput oleh Finas untuk menghadiri Forum Televisyen Asia 2010 di Singapura, baru-baru ini)


Pavilion Malaysia yang menempatkan penerbit filem, drama, animasi serta wakil stesen televisyen yang menjual produk mereka di ATF 2010, Singapura baru-baru ini.

PRODUK animasi sememangnya mampu menarik minat sesiapa sahaja yang menonton tidak kira golongan cilik mahupun dewasa.

Perkembangan dunia animasi cukup pesat sejak beratus-ratus tahun dahulu namun, di Malaysia, boleh dikatakan ia baru sahaja bermula.

Bukti perkembangan dan penerimaan rancak terhadap animasi boleh dilihat sekitar Forum Televisyen Asia 2010 (ATF 2010) yang diadakan di Singapura baru-baru ini.

Lambakan program televisyen dan filem yang diperkenalkan pada ATF 2010 kebanyakannya lebih tertumpu kepada produk animasi.

Kepada yang masih belum jelas mengenai ATF, ia sebenarnya merupakan acara tahunan yang diadakan bagi tujuan penjualan program televisyen, filem dan juga drama ke pasaran luar.

Dan sepanjang berlangsungnya ATF, para penerbit berpeluang memperkenal dan memasarkan produk-produk mereka kepada pihak luar yang berminat.

Menyedari peluang memasarkan produk negara ke pasaran luar mampu memberi sirna baru dalam perkembangan industri kreatif dan perfileman negara, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDEC) sekali lagi membawa wakil-wakil penerbit yang berminat ke ATF 2010.

Lebih 20 buah syarikat yang dibawa oleh Finas termasuk yang di bawah MDEC selain Primeworks, Nafalia dan KRU Studios.

Naib Presiden Industri Kreatif Strategi dan Polisi, MDEC, Kamil Othman yang ditemui pada acara tersebut memberitahu, MDEC diamanahkan dalam memperluas skop pasaran animasi ke luar negara.

Justeru katanya, ATF antara platform terbaik dalam membawa syarikat-syarikat mahupun penerbit untuk memperkenalkan produk mereka kepada pembeli daripada luar.

“Kebanyakan produk kami mempunyai lesen Finas dan di bawah kami ada lebih kurang 200 syarikat secara umum yang terlibat dalam teknologi animasi.

“Ada juga syarikat yang dibawa oleh MDEC terlalu baru dan ini bagi kami satu pendedahan yang baik untuk syarikat itu sendiri di mana dalam masa yang sama mereka boleh melihat hasil daripada produk-produk luar,” katanya.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: