Jude Law, Sienna Miller Dikatakan Bakal Berkahwin

21 Dec


JUDD Law dan kekasihnya, Sienna Miller dikatakan bakal berkahwin setelah membeli rumah mewah di England. – AGENSI

LONDON 20 Dis. – Pasangan pelakon, Jude Law dan Sienna Miller mencetuskan khabar angin akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi selepas mereka berdua dilaporkan membeli rumah agam berharga AS$14 juta (RM44 juta).

Menurut laporan Daily Mail, pasangan tersebut memilih kediaman tujuh bilik itu di utara London selepas menghabiskan masa berbulan-bulan bagi mencari sebuah rumah impian mereka dan kini bersedia untuk mendiami kediaman mewah tersebut.

Rumah baru itu berada di kawasan kejiranan artis popular termasuk Kate Moss dan juga bekas isteri Law, Sadie Frost bersama tiga orang anak mereka, Rafferty, 14; Iris, 10, dan Rudy, 8.

Menurut seorang sumber, pasangan tersebut yang bertemu di set penggambaran filem Alfie pada 2003, merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara kecil di New York.

Miller sebelum ini telah memutuskan pertunangan dengan Law pada 2006 selepas Law mengaku tidur bersama pengasuh anaknya, Daisy Wright.

Namun begitu, mereka berdua berdamai selepas tinggal bersama di New York tahun lepas dan berlakon berasingan di Broadway. – AGENSI

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: