Konsert 4 Band Heavy Metal Di Britain Tahun Depan

21 Dec


Band heavy metal Anthrax bakal beraksi bersama band Metallica, Slayer dan Megadeth dalam konsert yang sama di Britain pada tahun hadapan. – AGENSI

LONDON 20 Dis. – Penganjur Festival Sonisphere berjaya mendapatkan empat band heavy metal paling terkenal di dunia bagi mengadakan persembahan serentak pada malam festival tersebut, tahun depan.

Empat kumpulan terkenal itu adalah Metallica, Slayer, Megadeth dan Anthrax yang akan mengadakan persembahan mereka di atas pentas yang sama untuk pertama kalinya dalam sejarah Britain pada malam Jumaat 8 Julai tahun hadapan.

Pada awal tahun ini, kumpulan-kumpulan tersebut telah mengadakan persembahan bersama dalam Festival Sonisphere di beberapa negara Eropah lain namun mereka tidak sempat ke Britain.

Pemain gitar Anthrax, Scott Ian berkata, pengesahan kumpulan- kumpulan tersebut untuk mengadakan persembahan pada Festival Knebworth tahun hadapan sebagai hadiah Krismas awal baginya.

“Persembahan yang kami lakukan bersama ‘saudara’ kami iaitu Metallica, Slayer dan Megadeth bukan sahaja yang terbaik bagi tahun 2010 namun ia juga adalah persembahan terbaik Anthrax yang pernah adakan,” ujarnya. – AGENSI

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: