Kristen Bell Seronok Lakon Filem Burlesque

21 Dec


Kristen Bell

LOS ANGELES 20 Dis. – Aktres Amerika Syarikat, Kristen Bell gembira membintangi filem Burlesque kerana ia sama sekali berbeza dengan apa yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Bell yang dikenali menerusi filem Forgetting Sarah Marshall mengakui dirinya berada ‘di luar zon selesa’ ketika menjalani penggambaran filem Burlesque.

Beliau yang melakonkan watak gadis nakal, Nikki dalam filem itu di samping Cher dan Christina Aguilera gembira dapat mempamerkan bakat lakonannya daripada sisi yang berbeza kerana filem itu sangat berlainan dengan apa yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Saya sangat selesa memainkan watak yang comel dan periang. Ia benar-benar membuatkan anda menampakkan seksualiti sendiri dan ia adalah mencabar,” katanya.

Meskipun bekerja dengan dua nama besar dalam industri muzik, Cher dan Christina, Bell merasakan ia adalah set penggambaran yang harmoni untuk melakukan kerja kerana dipenuhi dengan ‘wanita yang menyayangi wanita’.

“Mereka sangat hebat untuk bekerjasama. Sejujurnya, saya berharap mempunyai beberapa kisah dramatik untuk dikongsi tetapi wanita yang terlibat di dalam filem ini ialah wanita yang sayangkan wanita lain, jadi ia benar-benar membantu.

“Ia bukan seperti apa yang anda gambarkan, seperti percakaran antara wanita yang sering kita saksikan di layar perak,” katanya. – AGENSI

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: