Natasha Hudson Dilamar Machio

21 Dec

BIARLAH orang kata dia tak boleh menyanyi kerana sudah lali dengan kritikan orang selama ini.

Malah, kata model dan pelakon jelita, Natasha Hudson, dia tidak pernah peduli cakap-cakap orang yang memperlekehkan bakat nyanyiannya itu.

“Selain berlakon, saya juga minat menyanyi. Saya juga mengharapkan kedua-dua cabang seni yang diminati ini bergerak seiringan. “Pada masa sama, saya juga ingin dikenali sebagai pelakon dan penyanyi sekali gus.

“Sebenarnya, minat menyanyi ini sudah lama dan kalau tidak ‘dianiaya’ orang lebih setahun dulu, sudah pasti saya sudah ada beberapa lagu yang sudah siap dirakamkan untuk peminat. “Saya juga menyanyi bukan untuk suka-suka sebaliknya serius dalam bidang seni,” katanya.

Selepas keluar dari syarikat rakaman Alibi Music, Natasha mengakui dia lebih selesa bergerak sendiri.

“Saya juga simpan duit sendiri untuk merealisasikan impian bikin single dan album. “Apabila bergerak sendiri, ramai juga kawan-kawan yang sudi beri lagu pada saya. Ada juga komposer yang beri lagu pada saya sekarang dan ada juga orang yang masih berminat berduet dengan saya.

“Saya percaya, lebih mudah bergerak sendiri kerana kita boleh putuskan sendiri konsep lagu dikehendaki. “Kini, saya sibuk rakam satu lagi lagu solo dan peminat boleh menilai bakat nyanyian saya itu. Terus-terang, saya sanggup bekerja keras dua kali ganda untuk mendapat tempat di persada seni tanah air,” kata ibu tunggal kepada Neesa Helena, 2 tahun setengah. Kesibukan berlakon tidak menghalang Natasha mencari peluang mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian.

Justeru, peluang berduet dengan band baru dari Indonesia, Machio adalah peluang keemasan buat Natasha untuk mencari tapak dalam bidang nyanyian di negara seberang itu. Machio ini dianggotai lima anak muda berbakat besar iaitu Ram (gitar), Poo (Keyboard), Joe (bass), Rey (drum) dan Iyo (vokal). “Masing-masing masih baru dalam bidang ini dan lagu duet ini untuk pasaran dua negara, Indonesia dan Malaysia. Idea buat lagu duet ini tercetus apabila saya dilamar sendiri band berkenaan. Iyo sendiri yang mengundang saya untuk berduet dengan band mereka. “Sebenarnya, vokalis kumpulan ini, Iyo adalah kawan lama saya di Indonesia. Kumpulan ini dianggotai lima anak muda berbakat besar dalam bidang muzik. Band ini memang menampilkan genre muzik yang lebih kurang pop di negara seberang itu. Saya juga menganggap peluang berduet itu adalah rezeki saya dalam bidang seni,” katanya.

Berkongsi pengalamannya bekerja dengan band Machio, kata Natasha, dia menimba pengalaman cukup berbeza di negara seberang itu.

“Saya juga ke Jakarta, Indonesia selama tiga hari bermula 28 November lalu untuk penggambaran muzik video lagu duet kami berdua, Benci Kamu. Lagu dan lirik adalah ciptaan kumpulan itu sendiri. “Kami bincang dari segi konsep untuk single ini. Kami sudah rakamkan lagu ini di Malaysia dan kumpulan itu datang ke sini beberapa hari sebelum kami rakam video klip lagu itu di Indonesia pula.

“Single ini berkonsep pop Melayu untuk pasaran kedua negara iaitu Indonesia dan Malaysia. Penggambaran video klip ini dibuat Mahkota Cinta Management Production dan solekan saya oleh Selvy Lei,” katanya.

Kata Natasha, proses rakaman lagu itu hanya membabitkan tempoh sehari saja. “Proses suntingan lagu duet ini membabitkan mereka yang pernah bekerja dengan artis ternama di Indonesia.

“Saya akui menimba pengalaman yang cukup berharga sepanjang bekerja dengan Machio. Mereka bekerja sangat cepat dan cukup profesional ketika penggambaran berkenaan. “Pengalamannya cukup berbeza dari di sini dan dan ia pendedahan yang cukup bagus buat karier seni saya kerana orang luar membuka mata dengan bakat seni saya,” katanya.

Jauh di sudut hati, Natasha berharap kerjasamanya itu akan mengeratkan lagi hubungan Malaysia dan Indonesia.

“Saya tidak berasa takut ketika buat rakaman lagu ini di Indonesia walaupun ketika itu negara kita ada krisis dengan mereka ketika itu. Hubungan saya dan rakan-rakan tidak ada masalah kerana masalah itu dari segi pergolakan politik saja.

“Kami harapkan lagu duet ini akan mencipta muzik yang harmoni membabitkan hubungan kedua negara pada masa depan,” katanya.

Mengenai perkembangan karier lakonan pula, selepas drama bersiri Natrah, Natasha akan ke lokasi penggambaran drama bersiri Sultan Alauddin nanti.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: