Pengalaman Mandi Jenazah Seronok – Sabrina Ali

21 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Jangan salah faham dengan tajuk di atas. Sabrina Ali cuma berkongsi pengalamannya dimandi jenazah pada jam 2.00 pagi sewaktu penggambaran filem Khurafat. Pengalaman bersifat subjektif dan setiap orang pasti mempunyai perspektif yang berbeza, begitu juga dengan pelakon jelita ini.

Sabrina bukanlah seronok dan terhibur dengan adat memandikan jenazah, cuma dia begitu teruja dapat melalui pengalaman menginsafkan sewaktu nyawa masih di dalam badan. Menurutnya lagi bukan semua dapat merasai detik-detik bermakna itu.

“Banyak perkara yang menakutkan saya sewaktu shooting Khurafat. Bayangkan waktu 2 pagi, saya dimandikan jenazah di atas pengusung mayat. Malah wanita yang memandikan saya juga adalah pekerja yang biasa bertugas memandikan jenazah di hospital. Tapi waktu itu saya minta jangan gunakan kapur barus. Memang takut tapi inilah yang saya cari dalam lakonan, suatu kelainan.

“Memang sedih sangat bila bayangkan itu keadaannya bila kita mati nanti. Namun tak dinafikan saya rasa seronok sebab sudah ada pengalaman berharga itu.

“Scene saya terpaksa baring di dalam peti mayat juga sekitar 2 atau 3 pagi memang tak dapat nak dilupakan. Sudahlah waktu itu saya tidak bersih dan datang bulan, terpaksa pula baring dalam tempat mayat, memang rasa tak sedap badan. Namun atas komitmen kerja, saya buat juga,” jelas Sabrina yang juga berpeluang duduk di dalam keranda menerusi watak Anna.

Lakonannya begitu menjadi dalam Khurafat. Menagih kasih lelaki yang bukan lagi miliknya, watak yang nyata memberikan impak yang besar kepada keseluruhan filem ini. Namun Sabrina mengakui hampir hilang kawalan diri tatkala melakonkan watak Anna.

“Diri saya hilang dalam 80 peratus dalam filem ini. Mungkin terlalu menghayati watak tersebut. Bayangkan ketika scene memegang pisau dan menoreh peha, hampir beberapa kali pisau terlepas dari tangan dan mencederakan diri saya.

“Namun segalanya berbaloi selepas melihat hasil filem ini. Saya ucapkan terima kasih kepada adik saudara saya (Syamsul Yusof) kerana memberi peluang berharga ini,” kata Sabrina yang kepingin watak lesbian untuk mencari kelainan dalam karier lakonannya.

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: