SOSEHSOSEH: Blackberry Siapa Tu?

21 Dec

CERITA artis panjang tangan satu perkara yang cukup memalukan dan SS sendiri geli geleman menerima perkhabaran itu. Masakan tidak, dari hujung rambut hingga hujung kaki, artis selalu nampak hebat dan ‘gempak’ sehingga menjadi ikutan ramai khususnya peminat fanatik mereka.

Tapi kalau sampai sanggup mencuri hanya kerana dorongan nafsu walaupun tidak berkemampuan, memanglah tak ‘on’. Lebih-lebih lagi mencuri barang-barang kawan artis sendiri lagilah malu.

Artis tangan panjang ini mungkin cuma 0.05 peratus saja daripada ribuan artis yang ada, tetapi sikap mereka ini ibarat ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’.

Individu yang SS maksudkan adalah seorang bintang realiti. Perjalanan seninya memanglah tidak begitu memberangsang sejak beberapa tahun ini dan SS dimaklumkan dia teramat susah sekarang. Selain tidak punya ‘show’ dia terpaksa menanggung keluarga.

Jadi faham-faham sajalah duit memang selalu tidak ada. Satu hari menurut cerita teman SS, dia ‘merembat telefon bimbit dan wang’ kawannya yang memberi amanah untuknya menjaga beg tangan.

Bagaimanapun ketika kejadian kawannya itu tidak sedar barangannya hilang. Perkara itu hanya disedari setiba di rumah. Apalagi, teruslah kawan kepada artis ini menghubungi ada tak nampak barangannya yang hilang itu dan artis itu menafikan sekeras-kerasnya.

Beberapa hari selepas kejadian, kawan artis ini ajak berjumpa bukan untuk menyiasat barangnya yang hilang, tetapi artis itu tidak jawab telefon atau SMS.

Bila kawannya tanya kenapa tak jawab SMS atau panggilan, artis ini jawab ‘kecil hati’ sebab dituduh mencuri.

Dengan perasaan bersalah, kawan artis ini pun meminta maaf. Nak dijadikan cerita juga kuasa Yang Maha Esa, mereka berdua terserempak di sebuah restoran dan paling ‘best’ bila artis ini sedang bergayut menggunakan telefon Blackberry kawannya yang sudah bertukar ‘housing’.

Mendadak naik lah darah kawan artis itu tadi tetapi mujurlah kerana ramai orang dia tak jadi buat kecoh. Bila disoal, artis itu tetap tidak mengaku bahkan mengaku memperoleh telefon bimbit itu dari sebuah syarikat telco.

Hmmmmmm…apa nak jadi. Dah mencuri tak mengaku pula tu, apa dia fikir Yang Maha Esa tidak nampak perbuatannya? SS harap, bintang realiti ini berubah sikap kerana cerita dia panjang tangan ni, SS sudah dengar daripada banyak orang. Kalau hidup kita mewah, tidak salah kalau kita bersederhana dan memohon pada Tuhan semoga memperoleh kehidupan yang lebih baik disertai bersama usaha.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: