SOSEHSOSEH: 'Jual' Wajah Tanpa Bayar

21 Dec

KISAH artis menjadi mangsa permainan licik pihak tertentu, memang tak pernah habis. Sebenarnya dalam industri seni kita, banyak pihak yang pandai memanipulasi keadaan terutama terhadap artis yang kurang faham mengenai hak mereka.

Bagaimanapun, perkara ini tak boleh disembunyikan kerana lama-kelamaan barulah artis ini buka mata dan menuntut hak mereka mengikut saluran yang betul.

Terbaru satu sumber memberitahu SS, dia baru-baru ini dihubungi seorang artis yang memang kurang publisiti di media. Namun, dia bukanlah orang baru kerana sudah terbabit dalam seni sebagai pelakon sejak belasan tahun lagi. Lakonannya yang bagus juga menyebabkan dia kekal berada dalam industri seni.

Apabila mendengar nama artis ini, SS mengakui kehebatannya berlakon. Wajahnya yang dikategorikan fotogenik juga buatkan dia menjadi pilihan banyak agensi pengiklan untuk dijadikan model. Kerap jugalah wajahnya kelihatan di media elektronik dan media cetak. Dari satu segi memanglah bagus kerana apabila tengok iklan itu, serta-merta peminat terbayangkan dia.

Tapi yang tak seronoknya, wajah artis ini digunakan secara berleluasa oleh pihak berkenaan sedangkan bayaran untuk ‘job’ itu diterima hanya sekali beberapa tahun dulu.

Mana adil kan? Pihak yang berkenaan senang-senang buat duit sedangkan keringat artis ini diperah begitu saja tanpa hasil. Walaupun SS tak berapa mahir dalam undang-undang, perkara ini terkandung dalam akta perihal hak intelek juga sebenarnya.

SS difahamkan setelah berfikir panjang, artis ini akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak ini. Dia bukanlah kemaruk sangat nak duit beribu-ribu, tapi lebih sebagai pengajaran dan teladan supaya titik peluhnya dihargai pihak itu. Lagipun bukan sikit-sikit anak kerugian yang ditanggung kerana iklan ini sudah bertahun disiarkan tanpa pembaharuan kontrak.

Apa-apapun, tepuk dada tanya selera kerana SS tengok ada artis yang berjaya dalam tuntutan mereka dan ada juga yang menerima padah apabila disaman balik pihak yang disaman.

SS ingatkan artis ini supaya dapatkan nasihat peguam yang pakar dalam undang-undang dan kaji segala implikasi yang berlaku nanti. SS doakan dia mencapai yang terbaik seperti yang diinginkan.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: